Sabtu, 14 Mei 2022

TANGGUH ? KENAPA TANGGUH ?

 


Tindakan Umno tangguh pemilihan selepas PRU15 elak perpecahan, kata Zahid

UMNO akan meminda perlembagaannya esok untuk menangguhkan pemilihan parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan perpecahan dalaman, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Langkah itu akan memastikan kestabilan parti menjelang PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pindaan itu bertujuan memastikan seluruh kekuatan Umno dapat digembleng bagi menghadapi PRU15 tanpa ancaman dan risiko perpecahan.

“Ia adalah satu lagi langkah dan usaha bersepadu untuk memperkasakan Umno dalam menghadapi cabaran mendatang,” katanya.

Beliau berkata, pindaan itu akan dibentangkan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu, esok.

Zahid  juga berkata kerjasama antara Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) perlu diketepikan semasa PRU15.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata Umno sudah memberi ruang yang cukup kepada PAS untuk bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam piagam MN, tetapi ia tidak dapat dicapai.

Walaupun bersama Umno menerusi MN, PAS juga berpihak kepada Bersatu dan secara rasmi menjadi ahli gabungan Perikatan Nasional, manakala Umno tidak.

Pemilihan Umno sepatutnya dijadualkan pada Jun tahun lepas, tetapi di bawah perlembagaannya, pemilihan parti boleh ditangguhkan selama 18 bulan.

Justeru, parti itu mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk mengadakan pemilihan dan oleh itu memerlukan satu lagi pindaan kepada perlembagaan parti bagi menangguhkan lagi pengundian.

Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun ini meluluskan resolusi untuk menangguhkan pemilihan parti kepada enam bulan selepas PRU15.

Zahid berkata tindakan Umno itu berkemungkinan akan “mengundang rasa tidak puas hati mereka yang tidak menyukai Umno.

“Mereka tahu pindaan itu akan menghancurkan impian untuk melihat Umno berpecah dan lemah.

Beliau juga berkata pindaan itu bukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno, dan keputusan menangguhkan lagi pemilihan parti dibuat akar umbi pada perhimpunan agung awal tahun ini.

“Ia adalah sesuatu yang diputuskan akar umbi Umno secara bersama demi perpaduan parti.” – 14 Mei, 2022.

TANGGUH  LAGI

PASAI APA?

KAH KAH KAH

TAKUT PECAH 

PECAH APA?

KAH KAH KAH 

ALASAN CANTIK

TAPI SEBENAR

KALAU PEMILIHAN

SEKARANG

ZAHID AKAN KALAH

SABRI 114 

AKAN MENANG

AMIN

LEPAS MENANG

SABRI AKAN

MASUKKAN ZAHID

DAN NAJIB

DALAM PENJARA

AMIN

SABRI 114

TAK MAHU LIHAT

MUKA NAJIB ZAHID

YG JADI BEBAN

DAN SUKA

BIKIN KACAU

KHALAS 

TANGGUH PEMILIHAN

 ZAHID MASIH 

PRESIDEN 

SABRI TAK BOLEH 

KAWAL SAPA 

ZAHID PILIH 

JADI CALON 

AMIN

INI SEMUA CARA

NAK LARI DARI

PENJARA

KHALAS

Tiada ulasan: