Ahad, 5 Jun 2022

GLC MANA ?

 



Rasuah lebih RM600,000, SPRM tahan eksekutif kanan GLC dan isteri

SEORANG eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM600,000 bagi kerja-kerja pelantikan syarikat pengangkutan. 

Menurut sumber SPRM, suami isteri yang masing-masing berusia 50-an dan 40-an itu ditahan pada kira-kira 7 malam di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Sumber SPRM itu berkata lelaki berkenaan disyaki meminta ‘habuan bulanan’ kira-kira RM20,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat pengangkutan bagi penghantaran produk berasaskan minyak ke seluruh negara untuk tempoh antara Julai 2019 hingga April tahun ini.

Isterinya pula dipercayai bersubahat untuk meminta dan menerima bagi pihak suaminya.

Menurut sumber SPRM itu, isteri eksekutif kanan itu juga dipercayai mempunyai kawalan ke atas kad debit milik syarikat pengangkutan terbabit di mana pemilik syarikat tersebut terlibat dalam urusan rasmi dengan suaminya.

Pasangan itu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 Jun selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM  Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama, 5 Jun, 2022.


WOIT

BERILAH TAU

NAMA GLC

AMIN

BERI NAMA

BERI ALAMAT 

TUNJUK GAMBAR

AMIN

MASA TANGKAP

PENDEMO 

ERA REFORMASI

SEMUA GAMBAR

ADA

AMIN

BUKAN GAMBAR

BERDEMO

GAMBAR LAMA

DARI FACE BOOK

AMIN

ORANG JAHAT 

RASUAH

 NAMA TAKDA 

GLC TAK TAHU

TUPTUP BERITA

HILANG

KERANA KAUTIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: