Rabu, 15 Jun 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR ??? SAEKOR APA ?


PKR jadi mangsa sistem pemilihan partinya sendiri, kata penganalisis

PERCANGGAHAN mengenai undi dalam PKR boleh dielakkan jika parti itu menggunakan sistem pengundian berbeza kerana sistem sedia ada membuka ruang kepada kritikan, kata ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

Penganalisis politik itu berkata walaupun menjadi parti paling demokratik di negara ini, PKR menjadi mangsa pendekatannya sendiri.

Katanya, masalah timbul apabila jumlah undi dikira secara kumulatif, dari peringkat cawangan hingga nasional.

“PKR adalah parti paling demokratik di negara ini dari segi sistem pengundiannya. Konsepnya (yang digunakan) ialah pengundian terus dan ini melibatkan birokrasi yang besar dan disebabkan itu, akan timbul cakap-cakap tentang percanggahan melainkan ia boleh dibuktikan,” katanya.


“Tidak seperti Umno atau DAP atau Amanah, PKR mengira undi secara kumulatif dari peringkat cawangan hingga nasional. Ambil Umno sebagai contoh, parti yang menggunakan ‘sistem pengundian kolej’, di mana setiap bahagian hanya membawa satu undi untuk setiap jawatan.

“Bagi saya, isu integriti tidak muncul dalam PKR tetapi parti itu menjadi mangsa sistemnya sendiri,” kata Mazlan.

Pemilihan PKR bagi penggal 2022-2025 secara rasmi berakhir pada 29 Mei, dengan keputusan akan diumumkan bulan depan.

Pemilihan PKR berlangsung dari 13 hingga 22 Mei dan dicemari oleh isu teknikal.

Semasa pengundian, 57 daripada 222 bahagian parti tidak tidak bertanding untuk semua jawatan peringkat bahagian.

Dikatakan 12.22% atau 136,629 ahli PKR sudah mengundi dalam pemilihan parti, termasuk 76,932 yang mengundi dalam talian dari 18 Mei hingga 20 Mei.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada pemilihan itu, yang menyaksikan 11,282 calon bertanding jawatan di peringkat pusat, bahagian dan sayap.

Mei lalu, Rafizi Ramli meminta jawatankuasa pemilihan PKR mempertimbangkan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sedang berlangsung sehingga percanggahan pengundian diselesaikan.

Bekas ahli parlimen Pandan yang bertanding jawatan timbalan presiden itu berkata pengundian fizikal perlu ditangguhkan sehingga sistem pengundian diuji sepenuhnya.

Katanya, ini bagi mengelakkan pembatalan, kelewatan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli parti.

Tetapi parti itu tetap meneruskan undian.

Sementara itu, Hisomuddin Bakar dari Ilham Center berkata isu percanggahan undi dalam PKR sudah pasti akan menjejaskan imej parti itu sedikit sebanyak.

Beliau berkata parti itu sepatutnya memikirkan kesannya dan mengelak perhatian yang tidak diingini.

“Orang mungkin berkata jika PKR tidak bersedia untuk menyelesaikan isu sendiri bagaimana ia boleh menyelesaikan masalah dalam negara yang lebih besar?”

“Ia mungkin menjejaskan keyakinan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum kerana mereka dan penyokong mungkin mahu melihat barisan kepimpinan penuh PKR secepat mungkin,” tambahnya.

Pada 23 Mei, dilaporkan pengundian fizikal dalam pemilihan PKR 2022 untuk lapan bahagian di empat negeri akan diadakan semula sebelum akhir bulan dan keputusan tidak rasmi pemilihan bahagian hanya akan diketahui selepas itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Dr Zaliha Mustafa berkata parti itu masih belum memuktamadkan tarikh pengundian semula di lapan bahagian, membabitkan Gua Musang, Pengkalan Chepa, Bachok, Ketereh dan Tumpat di Kelantan, Dungun (Terengganu), Hulu Selangor (Selangor). dan Padang Serai (Kedah).

Beliau berkata pengundian semula di lapan bahagian itu perlu berikutan beberapa masalah termasuk gangguan teknikal yang berlaku semasa proses pengundian fizikal.

Bagaimanapun, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata masalah dalam pemilihan parti adalah perkara yang tidak perlu diberi perhatian tetapi mengakui PKR perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya.

“Ia berlaku sepanjang masa. Pada 2018, Rafizi kalah dan beliau menuduh pilihan raya itu tidak adil tetapi tahun ini beliau menang, dan beliau tidak banyak merungut.”

“Apabila bercakap mengenai kuasa dan politik, mereka yang kalah mungkin menuduh kem lain melakukan penyelewengan. Begitu juga dalam Umno dan juga dalam DAP.

“Bagaimanapun, ia tidak bermakna PKR perlu mengambil mudah perkara itu. Mereka perlu menyelesaikan isu ini, menjadikannya lebih telus terutamanya dengan sistem dalam talian. Siapa yang mempunyai akses kepada sistem itu? Melainkan mereka menangani isu itu, kita akan lihat perkara yang sama berlaku pada masa hadapan,” katanya. – 15 Jun, 2022.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

INI KES POLONG

MAKAN TUAN

KAH KAH KAH

GUA SELALU

BILANG 

SAPA KONTROL

SEVER AKAN

KONTROL 

JUMLAH UNDI

AMIN

JANGAN LUPA

TAHUN 2000

DI FLORIDA

GEORGE BUSH

MENANG LAWAN

AL-GORE ADA

ULANG KIRA

KAH KAH KAH

JEFF BUSH

PEMILIK SYARIKAT

SERVER

PASTIKNA ABANG

MENANG

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tepat! Siapa kontrol sever, kontrol undi. Ini prinsip odit dalaman #101 yang diajar penggal pertama, tahun pertama di universiti. Kenapa PKR tak faham? Kalau ini pun tak faham, nak jadi abang sulung Pakatan Harapan? Masalah parti sendiri pun tak tahu ramal dan selesai, nak tadbir 30 juta rakyat Malaysia?

Yang lebih pelik, DAP dan Amanah masih anggap PKR abang sulung Pakatan Harapan; Anwar masih calon perdana menteri!!!

TT tanya, "Saekor apa?" ... Saekor Pakatan Harapan, ... bukan PKR.