Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin
PUTRAJAYA – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kembali menegaskan bahawa kerusi yang dipegang oleh Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin adalah kerusi daripada kuota Bersatu.
Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi yang dipegang Zuraida Kamaruddin merupakan kuota parti itu.
Beliau berkata, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet juga atas kapasiti parti pimpinannya.
“Jadi apapun saya nak beritahu bahawa pendirian kita (Bersatu), Datuk Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang semenjak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.
“Keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.
1 ulasan:
malaysia ni kat mana² pun ada kote...ops silap kuota....ada kuota ketuanan melayu, ada kuota eeee, ada kuota tokey, kuota itu kuota ini... pukee pun ada kuota.....nak Tanya kuota kote ni natang ape ...selalu dok dengar kuota tp mcm tak pernah abih²
Catat Ulasan