Pas, Sanusi perlu nasihat Hadi jangan makan gaji buta – Puad Zarkash
KUALA LUMPUR – Tindakan Pas dan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor membantah desakan UMNO untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mengejutkan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa, ini kerana Pas tidak mahu melihat UMNO menang, manakala pemimpin parti Islam itu mempunyai masa untuk menabur fitnah seperti yang dilakukannya pada PRU14 lalu.
“Tidak mengejutkan jika Sanusi dan Pas tidak mahu PRU diawalkan. Tidak pelik bila Sanusi tuduh Najib takut masuk penjara lebih awal. Pokoknya Pas tidak mahu UMNO menang.
“Sanusi dan Pas sudah masuk kluster takut PRU awal. Kenapa? Pas perlu lebih banyak masa mencari bahan terbaik untuk memfitnah UMNO seperti dalam PRU14.
“Pas sedar parti itu tidak boleh main isu harga barang dan inflasi. Pas sebahagian daripada kerajaan hari ini. Pas mahu PRU lambat untuk melakukan serangan hendap terhadap UMNO,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya, hari ini.
Sabtu lalu, media melaporkan Menteri Besar Kedah itu mendakwa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu mengadakan pilihan raya lebih awal kerana takut dipenjarakan.
Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, UMNO sudah masak dengan lidah bercabang Pas dan tidak perlu mereka meminta Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menasihatkan presidennya.
“Nasihati sahaja Presiden Pas ( Abdul Hadi Awang Al-Kawahli ) supaya jangan makan gaji buta.
“Kalau orang seperti Khairil Nizam (Ketua Penerangan Pas) mendakwa UMNO hanya memikirkan kemenangan parti sendiri, maka bodoh sangatlah UMNO melambatkan PRU15.
“Semua parti mahu menang. UMNO mahu menang untuk tubuh kerajaan stabil. Bukan kerajaan majoriti lemah yang boleh diugut, diikat dan ditikam dari belakang,” katanya.
Hakikatnya Pas sebenarnya takut kalah lebih awal dan Puad tidak menolak kemungkinan parti Islam itu akan mencari jalan untuk melambatkan PRU15.
“Pas tidak perlu retorik kononnya mahu menjaga kesejahteraan rakyat dan negara.
“Pas juga akan bubar DUN Kelantan, Kedah dan Terengganu jika yakin boleh menang PRN,” katanya. –
1 ulasan:
Yerla, dulu pun dia biasa sekongkol ngan abam. Dia tak tau abam ni jenis agresif. Sekali kena tercirit birit, langsung bermusuh sampai sekarang. Mula2 ingat nak repot, tapi takut kalau² terbongkar dlm buntut dia ada macam² Dna.
Catat Ulasan