Jumaat, 3 Jun 2022

PANGGIL PEMIMPIN PAS SEKALI

 


Shafee positif Covid, usaha pihak pendakwa panggil Arul Kanda ditangguhkan

PERBICARAAN laporan audit 1MDB Najib Razak telah dikosongkan hari ini selepas peguam utama Muhammad Shafee Abdullah telah dijangkiti Covid-19.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sepatutnya mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil seorang lagi tertuduh yakni bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Arul dijangka memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang menyelia firma pelaburan negara itu sebagai menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihatnya.

Berikutan Shafee disahkan positif Covid-19 pada 31 Mei, mahkamah hari ini sebaliknya mengadakan pengurusan kes.


Peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed mengesahkan kepada media pengosongan disebabkan Shafee dijangkiti Covid-19.

Pada 30 Mei, Shafee tidak hadir ke mahkamah kerana demam dan sakit tekak, maklum seorang lagi peguam pembela kepada mahkamah.

Mahkamah kini menetapkan 14 Jun untuk mendengar usul pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi penting.

Perbicaraan bersama Najib dan Arul berkait laporan audit 1MDB ini akan disambung semula dari 4 hingga 14 Julai, kata Wan Aizuddin.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menghalang sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda didakwa bersubahat dnegan Najib dalam membuat pindaan. – 3 Jun, 2022.


AMIN

LEPAS NI

SAKIT PERUT

AMIN

LEPAS SAKIT

PERUT BINI

DATANG BULAN

AMIN

LEPAS TU ANAK

BUNTING

AMIN

SEMUA PROJEK

NAK LAMBATKAN

KES BICARA

AMIN

BIAR ADA PRU15

DULU  BARU NAJIB SELAMAT

AMIN

MUSTAHIL  

SATU MALAYSIA

TAK NAMPAK 

AMIN

JANGAN LUPA

PANGGIL 

PEMIMPIN PAS

AMIN

PAK LEBAI ARIF

HAL ARUL KANDA

KHALAS

Tiada ulasan: