Sabtu, 25 Jun 2022

TAK TURUN JALAN RAYA - TAK MENANG PILIHAN RAYA


Protes jalanan main peranan penting dalam sejarah negara, kata Bersih

PROTES jalanan memainkan peranan penting dalam sejarah negara dalam membentuk hala tuju dan memberi tekanan terhadap pihak berkuasa yang zalim, kata Bersih.

Dalam kenyataan hari ini, badan pemantau pilihan raya itu tidak bersetuju dengan dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam, bahawa protes jalanan hanya mengakibatkan kekecohan dan kerosakan.

Bersih menegaskan protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah negara.

“Bersih mengingatkan bahawa perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, bersama-sama hak bersuara dan hak berpersatuan. 


“Hak untuk mengadakan protes aman terkandung dalam dokumen perundangan tertinggi negara kerana ianya telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah negara dalam membentuk halatuju dan memberi tekanan terhadap pihak berkuasa yang zalim dan korup,” kenyataan itu dipetik.

Dalam titahnya semalam, Sultan Ibrahim berkata perhimpunan jalanan bukan cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.

Sultan Ibrahim merujuk kepada cadangan pemimpin DAP Sheikh Umar Bagharib Ali, yang mencadangkan supaya rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.

Titah baginda, suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat sebaliknya boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstrasi yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpunan Bersih? Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibatkan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita… tiada yang menang. Semuanya akan rugi. 

“Kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpunan sebegitu. Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Bersih berkata negara ini juga asalnya lahir hasil daripada gerakan protes. 

“Dato Onn Jaafar telah mengetuai massa untuk menentang Malayan Union, yang dipaksakan oleh British setelah Perang Dunia Kedua, dan ini membuka jalan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Malaya, pelopor kepada kemerdekaan kita daripada British pada 1957 dan pembentukan Malaysia 1963,” jelasnya.

Malah bukan bekas menteri besar Johor dan pengasas Umno itu sahaja yang menggunakan protes sebagai cara yang sah untuk bertindak secara kolektif, kata Bersih.

“Parti berbilang bangsa seperti gabungan Putera–AMCJA melalui pemimpin seperti Ishak Haji Muhammad, Tan Cheng Lock, K Ganapathy dan Dr Burhanuddin Helmy melancarkan protes hartal seluruh negara pada 1947 untuk mendesak Perlembagaan Rakyat.

“Masa berlalu daripada Demonstrasi Baling kepada Reformasi, rakyat telah memprotes bagi menyatakan solidariti dan keresahan mereka. Terbaharu, Majlis Peguam Malaysia telah memprotes kali keempat dalam “Walk for Judicial Independence” mereka,” jelas badan pemantau pilihan raya itu. 

Bersih berkata laporan itu yang mengaitkan LGBT adalah 
Bersih berkata laporan itu yang mengaitkan LGBT adalah
Menurutnya lagi, semangat itu telah dibawa sejak Bersih ditubuhkan pada 2006 untuk membongkar kelemahan dan penyelewengan pilihan raya yang menjadikan pilihan raya kita tidak bebas dan tidak adil untuk sesebuah demokrasi. 

“Pengenalan dakwat kekal dan penambahbaikan penjalanan pilihan raya dan peluasan akses pengundian kepada pengundi tidak akan terhasil sekiranya SPR tidak ditekan.”

Tambahnya, perhimpunan keempat dan kelima Bersih pada 2015 dan 2016 adalah tercetus kerana skandal 1MDB, yang dianggap sebagai jenayah kleptokrasi terbesar dunia di mana hampir RM42 bilion dicuri.

“Respon Bersih terhadap pembongkaran pencurian terbesar ini dengan memanggil dua perhimpunan aman di mana ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun.

“Kami menuntut perubahan institusi kepada undang-undang yang sedia ada untuk menamatkan bencana rasuah dalam neagra dan supaya penjenayah yang terlibat dipertanggungjawabkan.

“Sekiranya rakyat tidak diberikan peluang menyatakan kemarahan mereka terhadap ketidakadilan pilihan raya dan korupsi berskala besar ini secara aman, siapa tahu nasib yang akan menimpa negara kita sekarang?” soalnya.

Bersih seterusnya berkata pemimpin politik yang terlibat rasuah dan sekutu mereka sudah pasti tidak akan didakwa atas perbuatan jenayah  jika bukan kerana desakan dan tekanan rakyat.

“Tuanku sudah tentu tidak akan perkenan tragedi sedemikan, sekiranya rakyat tidak keluar membantah.”

“Bersih sejak dari awal beriltizam untuk menganjurkan himpunan aman dan sekiranya ada kelakuan yang tidak sepatutnya, huru hara atau kerosakan harta benda biasanya disebabkan oleh kelakuan agresif daripada polis yang sepatutnya membantu peserta himpunan aman tetapi sebaliknya menembak dengan gas pemedih mata, meriam air dan tindakan ganas,” katanya.

Himpunan Bersih 4 dan 5 membuktikan bahawa himpunan besar-besaran boleh dilakukan secara aman walaupun polis membuat sekatan di sana sini, tambahnya.

“Tuanku, sejarah menjadi saksi bahawa bantahan rakyat sememangnya menjadi darah daging kita. 

“Bersih memohon Tuanku mencemar duli untuk menyertai kami untuk bukan sahaja menghormati tetapi juga meraikan hak asasi rakyat untuk bersuara, berekspresi, berpersatuan dan berhimpun secara aman.

“Sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dengan demokrasi sebagai asas, kita perlu meraikan dan mengalu-alukan sebarang ekspresi dan penyertaan rakyat untuk kebaikan bersama negara Malaysia. Tanpa protes, tidak mungkin adanya Malaysia,” tegas Bersih. – 25 Jun, 2022.      

POLITIK

JALAN RAYA

ADALAH FAKTA

SEJARAH

AMIN

SEMUA RAKYAT

TAHU

AMIN

YANG PENTING

SEKARANG

SUSUN HASUT

ATUR BAWA

RAKYAT KE

JALAN RAYA

AMIN

TAK TURUN 

KE JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa guna kalau hanya turun jalanraya dan tak ada stratiji membentuk parti pemerintah selepas menang PRU. Kalau stratiji tersebut hanya satu, iaitu Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kau semua jangan buang masa turun jalanraya. Baik duduk rumah bilang biji betas.

Tanpa Nama berkata...

Abang hisham seram ke nk londeh kn hal freeloder?