‘Jhow Low 2’ dalam proses ekstradisi ke Malaysia – Bukit Aman
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan Malaysia berstatus bilionair yang ditahan pihak berkuasa di Thailand kerana didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram hasil aktiviti perjudian dalam talian pada Sabtu lalu akan dibawa ke Malaysia.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Teow Wooi Huat merupakan individu yang sedang disiasat oleh PDRM dalam kes penipuan di negara ini.
“Wooi Huat merupakan individu yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kini dia sudah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.
“PDRM kini sedang dalam proses permohonan untuk penama dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan lanjut,” kata beliau dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata demikian dalam perkembangan terkini siasatan membabitkan bilionair warga Malaysia itu selepas berita penahanannya di Bangkok telah disiarkan di Bangkok Post minggu lalu.
Bangkok Post dalam beritanya melaporkan, Wooi Huat, dikenali sebagai Tedy ditahan di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Danok berhampiran sempadan daerah Sadao awal pagi Jumaat lalu.
Penolong Ketua Polis Negara Thailand, Surachate Hakparn berkata, Tedy, 55, didakwa terbabit dalam penggubahan wang haram dikaitkan dengan aktiviti perjudian dalam talian di selatan Negara Gajah Putih itu.
Tangkapan ke atas Tedy dibuat selepas penyiasat meneliti bukti hasil serbuan di sebuah pusat perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhin Si Thammarat dan beberapa wilayah Selatan yang telah dikaitkan dengan Tedy.
Ahli perniagaan Malaysia itu telah menubuhkan MBI Group yang beroperasi sebagai kompleks hiburan termasuk resort di Danok dan MBI International Sdn Bhd turut menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.
Suspek sebelum ini pernah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2017 atas kesalahan dadah tetapi tidak diketahui status kes pertuduhan itu.
Iia terus menjadi persoalan bagaimana dia dapat melepasi sempadan negara dan masuk ke Thailand serta menjalani gaya hidup mewah di sana.
Di Malaysia, Tedy dianggap sebagai ‘Jho Low 2’ iaitu perancang utama penyelewengan wang berbilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seperti Jho Low, Tedy yang berasal dari Pulau Pinang dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.
Satu lagi laporan yang disiarkan oleh South China Morning Post, Tedy dikehendaki pihak berkuasa kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.
Polis turut percaya Tedy telah bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau yang menipu orang ramai untuk melabur wang mereka dalam syarikat yang tidak wujud.
Menurut polis, hasil wang pelaburan itu ditapis oleh Tedy melalui beberapa siri akaun sebelum wang haram itu digunakan membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand selain melabur dalam mata wang kripto.
1 ulasan:
Jho Low 2 ni seribu kali lebih mulia dari Najib dan Jho Low 1. Sebabnya China ni kaya kerana menganjurkan online gambling melibatkan rakyat China Tanah Besar, rakyat Vietnam, Cambodia, Thailand dan Malaysia. Lepas tu dia buat duit dengan membuka nite clubs, brothels.....dia bukannya tutuh duit KWSP, rembat duit Tabung Haji macam China Jho Low 1 dan Najib Puki Rahah buat melalui skandal 1MDB.
Kemon la bro TT....tolong be subjective in your anal lisis...kah kah kahhh
Tahu kenapa PDRM terketar-ketar, excited semacam nak bawa balik Jho Low 2 tu ke KL....? Sebabnya dia ada duit banyak. Ramai manusia puki rahah dalam PDRM tu. Kesudahannya dibuang kes macam sekor lagi China puki rahah yang terlibat dalam money laundering baru-baru ini la....
Catat Ulasan