5 lelaki ditahan proses, edar air ketum di Pulau Pinang
POLIS menahan lima lelaki disyaki terbabit dengan kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.
Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lima lelaki berusia 29 hingga 37 tahun ditahan bersama 200 bungkus air ketum yang siap diproses dan dua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 10 kilogram.
“Polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dan membungkus air ketum yang dipercayai dijual di sekitar kawasan Sungai Ara serta Bayan Lepas. Setiap bungkusan air ketum berharga RM5.
“Dalam serbuan itu, polis turut menemui beberapa batang pokok ketum yang ditanam berhampiran rumah itu dan pihak kami mengambil tindakan segera dengan menebangnya,” menurut kenyataan itu.
Katanya, lima lelaki yang bekerja sendiri kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 24 Julai, 2022.
1 ulasan:
Tanam ketum ada kah satu kesalahan! What da fuck? Untok hiasan dikawasan rumah. Tanam kelapa, salah ke? Bolih buat toddy
Catat Ulasan