Presiden Sri Lanka dijangka lari ke luar negara
PRESIDEN Sri Lanka dibawa ke pangkalan udara berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama semalam, kata pihak berkuasa, mencetuskan spekulasi beliau akan melarikan diri hidup dalam buangan di luar negara.
Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dari istana presiden di Colombo menerusi perlindungan tentera laut pada Sabtu, sejurus sebelum puluhan ribu penunjuk perasaaan merempuh kawasan rumahnya.
Beberapa jam kemudian, speaker mengumumkan Rajapaksa akan meletak jawatan pada Rabu bagi membolehkan peralihan kuasa secara aman berlaku.
Pemimpin berusia 73 tahun itu berlindung di bangunan tentera laut, kata pihak berkuasa pertahanan, menambah beliau dibawa ke pangkalan udara Katunayake yang terletak bersebelahan lapangan terbang.
“Beliau dan rombongannya dibawa kembali ke Colombo menggunakan dua helikopter,” kata pihak berkuasa.
Tiada kenyataan rasmi dari pejabat presiden tentang di mana beliau berada, dan media tempatan melaporkan beliau dijangka berlepas ke Dubai semalam.
Tetapi empat penerbangan komersial yang berlepas ke Timur Tengah, tidak mempunyai namanya, kata pihak berkuasa lapangan terbang.
Pegawai imigresen enggan ke suit VIP untuk cop pasport, sementara beliau bertegas enggan ke tempat awal, kata pihak berkuasa – ia sesuatu yang cukup memalukan untuk pemimpin yang pernah digelar “The Terminator” itu.
Sumber tentera berkata Rajapaksa, yang masih ketua pasukan tentera, ada pilihan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat tentera udara. – AFP, 12 Julai, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan