Isnin, 11 Julai 2022

SABRI YAKIN AKAN JADI PRESIDEN PARTI


Umno tangguh pemilihan parti, fokus PRU15, kata Ahmad Maslan


UMNO menangguhkan pemilihan partinya bagi memberi tumpuan kepada mengukuhkan ikatan antara ahli, kata Ahmad Maslan kepada Utusan Malaysia.

Setiausaha agung Umno itu berkata jika pemilihan parti diadakan sekarang, sesetengah calon boleh hilang jawatan mereka, dan ini akan mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli menjelang pilihan raya umum.

“Kami tidak mahu melihat parti berpecah-belah, dalam pemilihan parti memang akan ada perpecahan, perebutan kuasa dan juga kalau ada pemilihan sebelum PRU15, bayangkan selepas buat pemilihan parti, sekarang ramai yang cukup umur. Jentera akan kelam kabut.

“Jika ini berlaku, pihak lain boleh mengambil kesempatan atas keadaan itu untuk melemahkan Umno,” katanya.

Sebanyak 75% Puteri Umno berumur 35 tahun ke atas dan 65% kepimpinan Pemuda berusia lebih 40 tahun, bermakna ramai pemimpin sedia ada perlu melepaskan jawatan menjelang pilihan raya, kata Ahmad.

Pada perhimpunan agung Umno pada Mac, parti itu meluluskan resolusi untuk menangguhkan pemilihan parti kepada enam bulan selepas PRU15.

Bagaimanapun, parti itu masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk menangguhkan pemilihan hingga selepas PRU.

Bernama melaporkan ROS akan mengumumkan keputusannya pada 16 Julai.

Umno sebelum ini menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu.

Tempoh 18 bulan itu akan berakhir hujung tahun ini dan parti perlu mengadakan pemilihan sebelum 30 Disember. – 11 Julai, 2022.




SABRI 114

YAKIN ROS

AKAN TOLAK

PINDAAN

AMIN

SABRI 114 YAKIN

PEMILIHAN PARTI

SEBELUM DISEMBER

KAH KAH KAH

SABRI 114 YAKIN

DIA AKAN GANTI

ZAHID

KAH KAH KAH

SABRI 114

AKAN JADI

PENGERUSI BN

BARU

AMIN 

SABRI 114

 PASTIKAN ZAHID

  DAN NAIB 

MASUK JIL

KHALAS

Tiada ulasan: