Pakar perundangan Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baharu Suhakam
PAKAR perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi Mara Rahmat Mohamad dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baharu Suhakam bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata turut dilantik Noor Aziah Mohd Awal, Mohamad Nordin Ibrahim, Chew Chee Ming (Sarawak), Mary@Mariati Robert (Sabah), Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K. Ragunath.
“Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya. – Bernama, 1 Julai, 2022.
1 ulasan:
Sekor lagi mamat bodoh makan gaji buta..kaki ampu kaki angguk..yes man supaya suhakam jadi macam dept gomen.
Catat Ulasan