Sabtu, 30 Julai 2022

SYABAS TOK HENG !!!



30 tahun rakyat Kelantan ditipu slogan Membangun Bersama Islam

KUBANG KERIAN – Lebih 30 tahun rakyat Kelantan ditipu oleh Pas dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Malah, beberapa kawasan Parlimen di Kelantan dijadikan kerusi kekal untuk pemimpin import termasuk Kubang Kerian, yang membuktikan Pas ketandusan calon untuk bertanding setiap Pilihan Raya Umum (PRU).

Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, kebanyakan calon impot adalah barang terpakai yang tidak laku di negeri masing-masing seperti Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, calon import lain yang pernah bertanding dalam PRU di Kelantan atas tiket Pas ialah Sanusi Daeng Mariok, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Mohamad Sabu.

“Tahniah kepada pengundi Kubang Kerian kerana mengundi calon import yang tidak terpakai kerana tidak ada anak tempatan yang layak.

“Walaupun diberi peluang sebagai Menteri Air dan Sumber Asli (KASA) bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi gagal menyelesaikan krisis air di Kelantan.

“Tahniah juga kepada Menteri Besar kerana prihatin menjaga dan membantu kehendak menantu serta sifatnya bagaikan tikus jatuh dalam beras,” katanya dalam ceramah perdana Putra di Kubang Kerian malam tadi.

Malah, katanya, Kelantan juga dianugerahkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah yang bermulut celupar dan tidak pernah memberi alasan menggembirakan setiap kali rakyat menrungut.

Katanya, apa sahaja kesusahan atau kesulitan berlaku, ADUN Panchor menjawabnya dengan jawapan yang meruntuh hati dan perasaan rakyat

“Jawapan dan kata-katanya sungguh meresap ke jiwa setiap rakyat Kelantan, di mana dia hanya bercakap atau menjawab ikut sedap mulut.

“Dia menggunakan jawatan nombor dua dalam kerajaan negeri sebagai lesen berdalih apa sahaja walaupun kata-kata itu menguris hati rakyat.

“Apabila ditanya kenapa pemimpin Pas memakai kereta mewah, dia jawan sebab Rasullulah SAW naik unta berharga mahal, maka Exco Pas juga kena naik kereta mahal,” katanya.

Hakikatnya kata Dr. Ibrahim, Pas Kelantan adalah kerajaan double standard dan bercakap tidak serupa bikin.

“Bagi mereka, semuanya tidak ada yang salah. Jika disebut masalah air, katanya, air sungai tidak habis untuk diminum. Jika disebut Kelantan tiada peluang pekerjaan, katanya, orang Kelantan lebih suka berhijrah mencari kerja di luar.

“Bila lulus kawasan hutan simpan untuk pak lebai membalak, katanya, itu untuk projek ladang rakyat.

“Malah, wang ihsan dan peruntukan dari kerajaan pusat gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan projek yang memberi faedah kepada rakyat,” ujar beliau.

Dr. Ibrahim turut mengulas mengenai tanah orang Melayu yang dikatakan sudah banyak bertukar milik kepada bukan Melayu.

Kata beliau, jika dibina rumah kediaman dan lot kedai, orang Melayu sudah tentu tidak mampu membeli atau memilikinya, sedangkan tapak pembangunan itu adalah tanah milik pribumi.

Di seluruh negara, tegasnya, Tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus lagi gara-gara pemerintahan UMNO.

“Allah anugerah tanah kepada orang Melayu, tetapi UMNO yang menjadi kerajaan sejak merdeka telah menghilangkan sebahagian besar Tanah Rizab Melayu.

“Orang Melayu patut merasa cemas dengan kehilangan tanah rizab ini yang menunjukkan hilanglah tempat Melayu berpijak.

Peristiwa yang menimpa rakyat Palestin dan Melayu Singapura sedang berlaku dibumi Malaysia yang merupakan Negara Persekutuan Tanah Melayu.

“Yang memeranjatkan, tanah orang Melayu dan tanah milik kerajaan negeri juga sudah ada bertukar milik kepada bukan Melayu. Begitu juga Kanun Tanah Negeri yang menjadi perisai kepada tanah milik Melayu sudah tidak kebal lagi.

“Kelantan juga sudah masuk dalam senarai menang sorak kampung tergadai. Amat menakutkan dengan masa depan nasib Melayu dan kaum pribumi.

“Justeru, Putra akan terus berjuang untuk mempertahan dan mengembalikan tanah milik Melayu sebelum orang Melayu menjadi pelarian di bumi sendiri,” katanya.

Namun, ujarnya, ia dapat dilakukan oleh Putra jika mendapat sokongan rakyat.


KESIAN WARGA

SERAMBI MEKAH

OPPS.....SILAAP

SERAMBI

MOSCOW

KAH KAH KAH

30 TAHUN KENA

TIPU OLEH

PAK LEBAI

KAH KAH KAH

MULA MULA

ARAB TIPU

PAK LEBAI 

KEMUDIAN 

PAK LEBAI

TIPU  MEK AWE

MOK CIK POK CIK

DIPAKSA MINUM

30 TAHUN 

TEH TAARIK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: