Khamis, 25 Ogos 2022

AGONG TERIMA MEMORANDUM


Najib hadiri perbicaraan 1MDB

NAJIB  Razak hari ini hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Najib, 69, tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) pada 8.26 pagi dari Penjara Kajang diiringi beberapa kenderaan polis.

Kelihatan petugas media dari pelbagai agensi mula berkumpul sejak 7.30 pagi bagi merakam gambar dan video ketibaan bekas perdana menteri itu serta membuat liputan kes tersebut.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun jika gagal bayar denda kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, Najib gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. – Bernama, 25 Ogos, 2022.              

KELMARIN

PENYOKONG

NAJIB HANTAR

MEMO MINTA

AGONG AMPUNKAN

NAJIB

AMIN

INI  BUKAN

SATU KESALAHAN

AMIN

TAPI AGONG

BELUM PUN

TELITI MEMO

TERTIBA PAGI INI

NAJIB ADA

KES BARU

KAH KAH KAH

AGONG NAK

AMPON KES 

YANG MANA SATU

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KHALAS

Tiada ulasan: