Isnin, 29 Ogos 2022

BACAAN POLITIK ZAHID TEPAT


Umno mahu PRU15 diadakan sekarang, kata Zahid

UMNO mengulangi desakan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan sekarang kerana rakyat mahukan kerajaan yang sah yang tidak disatukan melalui skim politik, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata terdapat keperluan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Barisan Nasional perlu segera mendapat mandat rakyat untuk memastikan kestabilan.

“Pendirian kami konsisten sejak awal. Jadi jangan sampai ada suara dalam kalangan kita yang mula menuduh kami bodoh kerana mahukan pilihan raya.


“Kami konsisten dalam perkara ini. Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamed) Hassan,” katanya pada taklimat khas Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

Beliau berkata ini adalah suara dan keputusan yang dibuat secara kolektif Majlis Tertinggi Umno, perhimpunan agung Umno dan perhimpunan agung khas.

“Hakikat sebenar adalah senario politik yang tidak stabil meletakkan ekonomi negara merosot.

“Kestabilan dan kebaikan yang dilaungkan adalah seperti kisah dongeng semata-mata. Hakikatnya, politik yang stabil tidak akan bergantung kepada beberapa helaian kertas perjanjian (memorandum persefahaman) sahaja.”

Zahid berkata, demi semangat juang perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan mereka perlu meneruskan perjuangan ini pada PRU15.

“Memastikan kejayaan perjuangan parti adalah pembelaan kita untuknya.

“Kita perlu segera mendapatkan semula mandat baharu dan mutlak daripada rakyat melalui PRU15.

“Ini untuk memulihkan kerajaan yang stabil, kerana hanya dengan kestabilan, kita dapat memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk rakyat.”

Katanya, parti itu sudah pun membuat keputusan untuk mengadakan PRU15 sekarang dan sebarang pelanggaran hanya akan meletakkan parti itu di ambang perpecahan dan kehancuran.

“Setiap daripada kita perlu kembali kepada Umno. Kita mesti mempunyai matlamat yang sama.

“Keputusan parti adalah keputusan bersama, yang mesti kita patuhi, kerana ini adalah keputusan semua.

“Jangan curiga antara satu sama lain. Jangan wujudkan parti dalam parti.”

Zahid menyeru semua ahli supaya bersatu untuk mencapai keazaman dan matlamat mereka.

“Kita perlu mencatat sejarah, kita antara yang bangkit daripada kejatuhan serta memulihkan maruah parti yang tercemar.” – 27 Ogos, 2022.

WOIT

BACAAN POLITIK

ZAHID TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

LAGI LAMBAT PRU

LAGI BAHAYA

KERANA EKONOMI

MAKIN BURUK

AMIN

ZAHID PATUT

PECAT SABRI

YANG TAK MAHU

BUAT PRU

 SEKARANG

AMIN

PECAT JUGA 

MENTERI YANG

SOKONG SABRI

AMIN

ZAHID WAJIB

BERSIHKAN UMNO

DARI PEMBELOT

YG TINGGALKAN

NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DLM JIL KAJANG

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

cikminah berkata...

Wak Jahid Komidi mengangatkan saya kpd watak Michael Corleon dalam filem
THE GODFATHER.
Bila bapanya Vito Corleon mati, dia menumpaskan semua musuhnya dengan kejam. Bahkan, abangnya juga tidak terlepas darpada pembersihan itu. Dia mahu mengubah keseluruhan struktur keluarga MAFIA supaya menyokongnya. Dia guna MOB untuk capai matlamatnya. Mob itu ialah ahli umno yg menghadiri perhimpuan di Pusat Dagang Pwitc.

Tanpa Nama berkata...

Kah! Kah! Kah!
Wak Jahid Komidi kata "Pulangkan mandat kepada rakyat" Tapi bila PRU dan keputusannya UMNGOK kelongkang, Tun M jugak yang salah. Tun M hasut rakyat jangan undi UMNGOK. Pilihanraya jadi tak sah. Tukar pilihanraya.
Kah! Kah! Kah!