PRU15: Tunggu, tunggu, tunggu – PM
SERDANG – “ Tunggu, tunggu, tunggu,” hanya itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
Jawapan itu sekali gus menghangatkan lagi spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Sebelum ini wujud desas desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada Oktober atau November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan kepada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar.
Media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.
Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet.
Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin berkata, Ismail Sabri akan membentangkan sendiri Bajet 2023 yang kebiasaan dilakukan oleh Menteri Kewangan.
Beliau yang Presiden Bersatu meramalkan Parlimen akan dibubarkan selepas 7 Oktober ini. –
WOIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan