Isnin, 15 Ogos 2022

BUKTI BAHAYA CHINA MERAH


Kerajaan perlu sedia hadapi sebarang konflik di Laut China Selatan – Ahmad


KUALA LUMPUR – Sehingga bila kerajaan terus mendiamkan diri berhubung dalam isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan negara di Laut China Selatan.

Malah isu pencerobohan sudah banyak diperkatakan khasnya wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun krisis itu tidak nampak ada tindakan tegas.


Itu antara luahan Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan kepada dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah itu, hakikatnya ketika ini Malaysia perlu mengukuhkan aspek keselamatan perairan sempadan melibatkan pertahanan ketenteraan strategik bagi memastikan mampu bertahan jika berlaku sebarang konflik.

“Siri pencerobohan perairan Sabah dan Sarawak oleh pihak berkuasa dan ketenteraan China kebelakangan ini membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati. Situasi sama turut dialami negara-negara ASEAN dengan China.

“Keselamatan Laut China Selatan melibatkan perairan Sabah dan Sarawak kerap dicerobohi sesuka hati oleh negara China walaupun pelbagai usaha telah diambil Malaysia sama ada melalui rundingan mahu pun diplomatik.

“Namun, saya lihat usaha ini tidak cukup kerana masih tidak diendahkan China. Kita harus lebih tegas dalam isu kerana ia melibatkan kedaulatan serta keselamatan rakyat khususnya di kedua-dua wilayah ini.

“Sudah tiba masa pihak berwajib ambil tindakan segera dengan mengukuhkan aspek ketenteraan di sempadan perairan kita sebelum Laut China Selatan menjadi medan perang dunia ketiga,” katanya.

Tambahnya, Filipina baru-baru ini buat pertama kali telah diberikan amaran langsung oleh kerajaan China apabila mereka menjalankan aktiviti yang disifatkan sebagai provokasi ketenteraan walaupun di dalam kawasan perairan sendiri.

“Lihat apa berlaku di Taiwan ketika ini apabila tentera China melakukan latihan secara besar-besaran di sekitar perairan Taiwan sebagai bantahan susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau itu baru-baru ini.

“Jika berlaku konflik di Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak akan menjadi barisan hadapan sekiranya Malaysia terus lemah dan tidak bertegas dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan kita,” tegasnya.

Ahmad yang juga Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen Negara (PAC) berkata, sebahagian negara-negara lain sudah mula mengukuhkan aspek ketenteraan termasuk keselamatan di perairan sempadan masing-masing.

Beliau berkata, Malaysia juga perlu melakukan tindakan sama dengan mempertingkatkan dan menaiktaraf aset ketenteraan khususnya aset Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, katanya, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat baru-baru ini dikejutkan dengan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) sebanyak enam buah bernilai RM9 billion yang satu pun belum siap sepenuhnya.

“Ini menunjukkan negara kita lemah akibat pelbagai kontroversi dan paling menyedihkan skandal melibatkan aset ketenteraan kita (LCS) yang amat penting dan diperlukan bagi menjaga keselamatan perairan kita.

“Sabah dan Sarawak dilihat sebagai pihak paling rugi dalam masalah ini seterusnya berterusan menjadi wilayah yang ketinggalan khususnya Sabah dalam serba serbi pembangunan ekonomi,” tegasnya. 


INI BUKTI

BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

AWAS !

AJEN

 CHINA MERAH

ADA DALAM

MALAYSIA

AMIN

MAKA KITA

AMBIL JALAN

MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

ADALAH KAWAN

KITA

AMIN

KITA WAJIB

BERSAMA  INDIA

AUSTRALIA INDIA

KOREA JEPUN

AMERIKA BUAT

BENTENG HALANG

CHINA MERAH

AMIN

Tiada ulasan: