Ahad, 21 Ogos 2022

KES NAJIB NAZAK SEMAKIN BERAT


Lelaki ugut ketua hakim negara ditahan

SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan mengikut Akta Hasutan semalam bagi membantu siasatan berhubung ugutan yang dibuat di media sosial terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Menurut Bukit Aman, pengguna Facebook dikenali sebagai “Apiez Bond” itu ditahan di Puchong kira-kira jam 11.15 malam dan polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik bahan yang menyinggung perasaan.

“Lelaki itu direman empat hari sehingga 23 Ogos ini manakala kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut polis dalam satu kenyataan petang ini.

Pengguna media sosial menggesa polis menyiasat seorang pengguna Twitter yang kononnya mengancam Tengku Maimun dan suaminya Zamani Ibrahim.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata ia adalah perkara serius dan siasatan sedang dijalankan walaupun tiada laporan polis dibuat.

“Saya mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk memulakan siasatan dan meneliti setiap bentuk ancaman terhadap ketua hakim negara,” kata KPN.

Ancaman terhadap ketua hakim negara dikesan di platform media sosial selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Mahkamah juga menolak permohonan penangguhan perbicaraan.

Najib kini berada di pusingan terakhir rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan sabitan terhadapnya berhubung kes SRC International.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah Mahkamah Tinggi terhadap Najib.

Maimun, yang dinaikkan pangkat sebagai ketua hakim negara pada 2019, mengetuai panel lima hakim terbabit bagi mendengar rayuan itu. – 20 Ogos, 2022.

BENTENG AKHIR

KEADILAN NEGARA

SEDANG DI CACI

AMIN

INI AMAT

BAHAYA

AMIN

SEMUA BERLAKU

KERANA KERENAH

NAJIB NAK KACAU

MAHKAMAH

AMIN

ROSAK LEMBAGA

KEHAKIMAN MAKA

HANCUR NEGARA

AMIN

SEMUA INI

KERANA KELUARGA

RAJA PAKSA..OOPS..

KELUARGA

NAJIB NAZAK

ANAK BERANAK

MENYAMUN MENCURI

MEREMBAT HARTA

NEGARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: