PERJALANAN TERAKHIR NAJIB - DARI SEORANG BIDUAN KEPADA SEORANG BANDUAN
Ahad - 28/08/2022
( 1 - 26 )
1. Walaupun kecil namun jasa beliau kepada saya tetap dikenang dan di hargai
2. Sebenarnya "NAJIB ADALAH AKITEK KEMUSNAHAN DIRI SENDIRI" - itu adalah kata - kata Haniff Khatri , seorang Peguam Kanan sewaktu di temuramah oleh Raggi Jessy Rithaudeen, blogger yang bersifat 'serious' dan 'fokus' terhadap apa yang di lakukannya.
3. Ada 2 pesanan Nabi Besar kita Muhammad SAW :
i. Di akhir zaman akan terdapat pemimpin yang tidak beramanah, berbohong dan tidak menunaikan janji
ii. Peperangan yang paling besar ialah melawan nafsu
4. Sudah pasti Tun Abdul Razak dan isteri ( Al-fatihah ) merasa malu dan hampa apabila anak kandung mereka , Najib telah MENCONTENG ARANG DI MUKA MEREKA
5. Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 selepas Tengku Abdul Rahman terkenal dengan usaha beliau membangunkan negara ini dan dalam masa sama amat tegas MENENTANG segala salahguna kuasa dan amalan rasuah apatah lagi merompak , menyamun dan mencuri harta negara iaitu wang rakyat
6. Najib MENGHANCURKAN segala yang di perjuangkan oleh arwah ayah nya
7. Begitu seriusnya beliau sehingga cadangan anak - anak membina sebuah kolam renang di Seri Taman , rumah kediaman rasmi ditolak atas alasan beliau tidak mahu menyalah guna wang rakyat walaupun mungkin ketika itu kos pembinaan kolam renang tersebut berharga RM50,000 sahaja
8. Ini jauh berbeza dengan Najib , anak kandung Tun Razak yang juga Perdana Menteri ke 6 apabila polis menemui ratusan ribu wang tunai , barang kemas yang di perbuat dari emas dan berlian dan ratusan jam tangan dan 'tiara' dan beg tangan berjenama semasa mereka mengeledah rumah Najib di Taman Duta dan di apartment mewah Pavilion Kuala Lumpur
9. Ini lah beberapa tindakan Najib bagi tujuan :
MENUTUP BANGKAI
GAJAH DENGAN
NIRU
i. Memecat SERTA MERTA Ghani Patail sebagai Peguam Negara atas alasan konon nya beliau sakit , dan melantik Apandi Ali sebagai pengganti
Tugas pertama Apandi ialah mengeluarkan satu perintah No Further Action ( NFA ) terhadap Najib dalam kes 1MDB
ii. Tukar beberapa pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan kes 1MDB
iii. Pindahkan pegawai SPRM atau 'Cold Storage' ke Jabatan Perdana Menteri ( JPM )
iv. Melantik sebagai Timbalan Menteri Pengurusi PAC dan menggantikan dengan kroni beliau
v. Meletakan Lapuran Audit Negara dibawah Official Secret Act ( OSA ) atau Akta Rahsia Resmi dengan satu tujuan , mengelakan orang ramai dari membacanya
vi. Menghadkan soalan berkaitan 1MDB di Parlimen
vii. Menangkap dan mempenjarakan Khairuddin Abu Hassan dan Peguamnya , Matthias Chang dibawah undang - undang SOSMA ketika mereka sedang berangkat ke USA bagi membuat lapuran tentang 1MDB di sana
baru - baru ini Mahkamah memerintahkan Kerajaan membayar RM300,000 beserta Kos kepada Khairuddin
viii. Khalid Bakar , Ketua Polis Negara ketika itu menangkap dan bertindak liar dengan menggunakan telepon bimbit atau hand fon sesiapa saja yang menyentuh isu 1MDB
x. Saya dan beberapa orang rakan pernah di lokap di balai polis Jinjang kerana menentang Najib dan UMNO/BN kerana menipu Pilihanraya
JIKA TIDAK ADA APA - APA , MENGAPA TEMPUA BERSARANG RENDAH ?
xi. Megapa berbagai salahlaku seperti merampas buku - buku kartun dan mempenjarakan Zunar , pelukis kartun yang di ikhtiraf Antarabangsa jika Najib tidak bersalah
xii. Mengapa takut kepada lukisan Fahmi Reza ?
10. Kononnya Najib akan ambil tindakan undang - undang terhadap Department of Justice ( DOJ ) Amerika Syarikat pada hari Selasa 2hb April 2019 , maka rakyat menunggu seperti :
PONGGOK RINDUKAN BULAN
setiap Selasa demi Selasa rakyat menunggu tapi masih tidak berlaku ; tiba - tiba pada hari Selasa 23hb Ogos 2022 bukan Najib menyaman DOJ tapi sebaliknya beliau di dapati bersalah dalam kes SRC International dan di hantar ke penjara Kajang bagi menjalankan hukuman selama 12 tahun dan denda RM210 juta
11. Berbagai usaha dilakukan termasuk SUMPAH LAKNAT bagi membuktikan beliau bersih dari segala pertuduhan namun ALLAH SWT lebih mengetahui segala yang tersembunyi justeru beliau tetap didapati bersalah dan dihukum penjara
12. Apa yang dilakukan Najib ialah mendapatkan simpati rakyat dan pada masa sama menyuntik kebencian kepada Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Badan Kehakiman
13. Itulah sebenarnya BALASAN ALLAH SWT terhadap SUMPAH LAKNAT yang dilafazkan nya - beliau bukan saja menipu rakyat tetapi yang lebih serius telah menipu ALLAH SWT
14. Kira - kira 300 penyokong Najib dari Pekan berhimpun di luar Mahkamah memberi sokongan moral kepada Wakil Rakyat mereka
15. Saya masih teringat kisah 'CINA MATI' , lagi kuat laungan dan tangisan , lagi besar 'upah' yang diberi
16. Selepas di lacurkan , lazimnya pelacur tidak akan bertanya dari mana sumber kewangan diperolehi , yang penting mereka dibayar
17. Kini ramai juga yang mahukan pengampunan Di Raja segera diberi kepada Najib termasuklah rombongan kira - kira 300 orang yang menyerahkan memorandum di Istana Negara
18. Bagi pihak NGO BERSIH pula difahamkan mereka telah dapat kumpul hampir 100 ribu tandatangan secara atas talian atau online meminta Agong tidak memberi pengampunan
19. Saya percaya Agong akan melaksanakan pengampunan mengikut Perlembagaan dan reaksi rakyat dan pandangan Negara Luar terhadap sistem kehakiman kita
20. Jika Agong memberi pengampunan dalam kes SRC International ini , apakah Agong akan memberi pengampunan kepada 4 kes lain yang sedang dibicarakan , dan adakah Agong akan juga memberi keampunan kepada Rosmah , Zahid Hamidi , Azeez Rahim dan mungkin ramai lagi jika di dapati bersalah termasuk mengampunkan Lim Guan Eng DAP dan Syed Saddiq MUDA
21. Adalah lebih baik jika setiap kali negara menyambut Merdeka dan Hari Kelahiran Rasmi , Agong memberi keampunan kepada pesalah yang jauh lebih kecil seperti pencuri yang di penjarakan kerana mencuri setin milo untuk diberi kepada anak yang lapar , pencuri wang surau sebanyak RM2.00 sahaja dan pencuri seluar dalam perempuan yang dipenjara 2 tahun , geladangan dan ramai lagi yang boleh di ampunkan tambah pula kos sara hidup kini naik melambung tinggi
22. Apa pun yang berlaku bak kata Hakim Mahkamah Rayuan :
NAJIB IS A NATIONAL EMBARRASSEMENT
memalukan negara bukan sahaja di sini bahkan seluruh dunia
23. 'MALU APA BOSS KU' akan di lupai dalam masa terdekat ini - PERCAYALAH
24. 'Cash Is Not King After All'
25. INI LAH LEGASI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA DI PENJARAKAN
26. ADIOS MY
MY FRIEND !!!
Wassalam
Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan