PAS sekarang pun ‘parti kafir’, kata Dr Mahathir
BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyerang balas PAS, menggelarkan parti itu “kafir” kerana bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam untuk berkuasa, lapor Berita Harian.
Dr Mahathir berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menggelarkan Barisan Nasional sebagai kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi kini mengambil jalan serupa dengan kerjasamanya dengan Umno dalam Muafakat Nasional.
“Parti PAS ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. ...dahulu PAS kata Umno parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.
“Tapi tanpa menafikan bahawa Umno itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, ...dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir.
“Tapi mereka bekerjasama dengan kafir, jadi mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini parti kafir selagi mereka tak hapuskan dakwaan yang dibuat bahawa orang yang tidak bersama PAS itu adalah kafir,” katanya dipetik berkata.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga menyifatkan PAS sebagai parti suka ambil peluang sehingga sanggup mengetepikan prinsipnya sebaik berkuasa.
“Jadi kita tidak tahu apa sebabnya PAS ditubuh sama ada untuk Islam atau hendak jadi wakil rakyat dan menteri besar, ...jadi wakil rakyat dan menteri besar dapat gelaran YB, YAB dan dapat duit.
“Nampak tumpuan bukan pada Islam tetapi nak pegang jawatan untuk dapat duit,” katanya.
Semalam, Hadi menggelarkan Pakatan Harapan sebagai gabungan “pemberi dan penerima rasuah” dan menolak untuk bekerjasama.
Beliau turut menyifatkan PH sebagai anti Islam. – 16 September, 2022.
1 ulasan:
tapi pas parti kapir ni la yg mahathir bagi 500juta maso jadi pm 22bulan...
sokong madey madey bagi 500juta
tak sokong madey kato eayy kapir...kah 32x samo yo duo2
bangmat jo tak kapir.. tapi dio polis pencen.... pencen lopeh jadi montori 22 bulan... kah 65x
Catat Ulasan