Khamis, 22 September 2022

MAIL BERA TAKDA KUASA


G25 gesa PM teruskan sidang Parlimen sampai habis penggal


PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu meneruskan sidang Parlimen sehingga tamat tempohnya pada 18 Julai tahun depan, kata kumpulan pesara penjawat awam kanan G25.

Kumpulan itu berkata tidak ada keperluan untuk Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk bubar Parlimen, jika tiada undi tidak percaya.

“Sebarang langkah perdana menteri untuk memohon pembubaran awal Parlimen (yang boleh atau tidak dipersetujui, mengikut budi bicara mutlak Baginda), tanpa adanya undi tidak percaya terhadapnya, akan dilihat sebagai menyerah diri terhadap tuntutan pemimpin Umno untuk kepentingan diri mereka sendiri,” kata G25 dalam satu kenyataan.

Kerajaan sebaliknya harus menamatkan baki tempohnya bagi menghasilkan dasar yang boleh menangani inflasi dan ringgit yang merudum.

“Kecuali ditangani dengan bagus, kejatuhan nilai mata wang kita ini boleh membawa implikasi serius kepada ekonomi serta taraf hidup rakyat terutamanya terhadap golongan B40.”

Cara tangani skandal juga perlu dibincangkan, kata mereka.

“Perdana menteri ketika ini perlu tunaikan janji yang beliau akan merealitikan reformasi dengan mengambil langkah segera agar undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen dan menjadikannya sebagai tindakan eksekutif. Tindakan pro-pembaharuan sebegini oleh Parlimen dan Eksekutif akan banyak membantu membangkitkan keyakinan terhadap Malaysia yang dianggap sebagai sebuah negara progresif, memberikan rangsangan besar kepada pelaburan tempatan dan asing.”

Memandangkan Undi18 baru berkuat kuasa, kerajaan juga perlu mengambil perhatian yang parti politik perlukan lebih masa untuk bersiap sedia menghadapi kempen pilihan raya.

“Umno, parti politik terbesar dan paling kaya dengan dana mungkin bersedia bila-bila masa untuk pilihan raya. Tetapi parti politik baharu mungkin perlukan masa untuk mengangkat muka baharu bagi bertanding di Parlimen dan DUN.

“Setakat ini Umno tidak kata kerajaan pimpinan BN gagal. Oleh itu, orang ramai tidak yakin terdapat kes yang jelas untuk buat pilihan raya lebih awal.

Ismail Sabri telah mendapat tekanan daripada partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya tahun ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya, walaupun diadakan pada musim tengkujuh. – 22 September, 2022.

 

WOIT 

G20 TAK FAHAM

KAH KAH KAH

MAIL BERA LEMAH

TAKDA KUASA

AMIN

MAIL HANYA

BOLEH LAMBATKAN

DG ALASAN

KE NEW YORK

KAH KAH KAH

KEMUDIAN 

SINGGAH

DI DUBAI

AMIN

MAIL BERA

MEMANG NAK

PRU15 JULAI

TAHUN DEPAN

AMIN

TAPI SEMUA

TERPULANG PADA

ZAHID PRESIDEN

UMNO YG NAK

PRU SEKARANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: