Sabtu, 17 September 2022

PELACUR GIAN KOTE ..OPS... GIAN KUASA



Nur Jazlan dakwa beberapa pemimpin Umno cuba bentuk gabungan baharu

NUR Jazlan Mohamad mendakwa beberapa pemimpin Umno bekerjasama dengan PAS bagi mewujudkan pakatan baharu antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata kumpulan ini cuba melemahkan Umno dari dalam dengan cuba mempengaruhi kepimpinan Umno dan BN supaya menerima PN sebagai rakan politik pada masa depan.

“Mereka juga sanggup terima katak politik bekas Umno daripada Bersatu dan cuba buat taktik ‘reverse takeover’ BN.

“Tindakan mereka ini terutamanya malaun dalam Umno ini jelas membelakangkan parti di mana gerakan usaha sama merentasi sempadan hingga ke Borneo dipercayai dilakukan secara gelap dan demi kepentingan kuasa serta peribadi saja,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Nur Jazlan berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berminat dengan gabungan tersebut kerana mereka bijak dan tahu gabungan pintu belakang seperti itu tidak akan mewujudkan kerajaan yang stabil.

“Saya dengar GPS pun tolak dan tak setuju dengan pinangan tak masuk akal (mereka)... Saya rasa rakyat Sarawak gembira dengan lebuh raya Pan-Borneo… Rakyat tidak perlukan gabungan ‘Trans PN-BN-Borneo’ kerana mereka gembira dengan Pentadbiran GPS,” katanya dalam catatan itu.

Beliau berkata langkah kumpulan dalam Umno bersama PAS ini menunjukkan mereka sanggup mengkhianati perjuangan parti mereka sendiri untuk mengekalkan kuasa, jawatan dan gelaran mereka di Putrajaya.

Bekas ahli Parlimen Pulai itu berkata kumpulan ini mengambil langkah ini kerana mereka menyedari kedudukan mereka goyah.

Beliau berkata dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pemimpin PAS secara terbuka mengisytiharkan mereka mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin Umno.

“Sejak seminggu dua ini saya tengok macam-macam polemik mengenai Muafakat Nasional yang timbul. Kebanyakan datang daripada pemimpin PAS yang masih tak dapat terima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh Umno.

“Saban hari mereka meroyan dan merapu bukan-bukan. Cipta macam-macam cerita pasal MN ini sehingga sanggup heret pemimpin Umno lain sekali dalam cerita penuh sadis mereka itu.

“Jadi saya nasihatkan PAS, sudah-sudalah berlakon macam merekalah jadi mangsa politik. Allah tidak akan mendengar doa mereka kerana mereka tidak ikhlas,” katanya. – 16 September, 2022.


GEROMBOLAN

DALAM BAHAYA

KAH KAH KAH

PELACUR BUKA

RUMAH LONTE

BARU & KUMPUL PELANGGAN BARU

KAH KAH KAH

SABRI DENGAN

PELACUR ATAU

DENGAN SAPA?

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: