Bekas pembantu penyelidik Anwar fail rayuan kes saman serangan seksual
BEKAS pembantu penyelidik kepada Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas presiden PKR itu.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Yusoff berkata pihaknya telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada 28 September.
“Kes ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) pada 27 Disember ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Yusoff memfailkan notis rayuan itu berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee yang menolak permohonannya pada 9 September lepas.
Permohonan itu adalah berhubung saman dikemukakan Yusoff pada 14 Julai 2021 mengenai dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik tersebut empat tahun lepas.
Anwar selaku defendan kemudian memfailkan saman balas terhadap saman dikemukakan Yusoff.
Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff selaku plaintif mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.
Yusoff, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis dibuat terhadap Anwar pada 7 Disember 2019.
Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuh dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin yang menyokong Anwar serta orang awam. – Bernama, 30 September, 2022.
5 ulasan:
Wei lama hilang mana pi? Plot mula balik kah ? Apa cerita berapa masuk setiap bawak kes Nuar bawah tangga??? Golongan ee ini menyusahkan umat manusia, mana saja mereka berada pasti bawa musibah, kah kah kah manusia dua alam sudah bekerja, lak lak lah
Pasal satu batang, sampai kini dilanda musibah lah kah kah padan muka, nak jadi PM lagi cerita bawah katil bawah jamban akan keluar kah kah kah
Serangan seksual ini macam mana, dipaksa kulum atau dipaksa menongeng depan ke belakang kah kah buat malu alamak ini baik cari makan jual nasi kandar, mee goreng atau pasembur lah mamu woit kah kah kah
TT dekat PRU timbul semula kes Nuar, apa makna nya ni? Nampak gaya Nuar akan terus jadi PM menunggu kah kah kah
Bila nak piliharaya je ada lah semakan keputusan lah rayuanlah atas tangga bawah tangga lah budak tu pun naik blur kena helak kesana kemari dek lawyer benggali tu. Zahid nak pru sblum mahkamah buat keputusan muktamad. TT nak anwar dibawa kemahkamah sblum pru. TT ngan zahid sama jer dua kali lima.
Catat Ulasan