Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM dan kerajaan
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.
Lokman, 49, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Bagi pertuduhan pertama membabitkan perdana menteri, beliau dituduh melakukan perbuatan itu pada 11.16 malam, 20 Ogos lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan