Pas kini dalam dilema – Khairuddin
KUALA LUMPUR – Kenyataan terbaharu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh gabungan itu boleh meletakkan Pas dalam dilema.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khairuddin Wal Audi Al-Keetati berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa ‘BN adalah musuh PN’ bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Al-Rinari ‘BN bukan musuh Pas’,
“Kenyataan bahawa ‘BN adalah musuh PN’ meletakkan Pas dalam dilema. Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar dengan kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas bahawa ‘BN bukan musuh Pas”.
“Ia talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama Muafakat Nasional (MN) ini,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, MN telah melakar sejarah kesatuan kalangan umat Islam melalui dua parti politik terbesar Melayu Islam.
“Percikan api pertembungan antara Pas dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978,” katanya dalam kenyataan.
Semalam Muhiyiddin yang merupakan Pengerusi Bersatu menegaskan bahawa BN adalah musuh utama mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.
Katanya, perkara itu dipersetujui oleh semua parti komponen dalam PN.
“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, akan gerakkan semua jentera kita,” kata Muhyiddin pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu di Putrajaya.
Kenyataan Muhyiddin itu hadir selepas lima hari Takiyuddin Al-Rinari menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) merupakan musuh mereka pada PRU ke-15 dan bukan BN.
1 ulasan:
Pelacur nak untung, kangkang dekat siapa dapat untung, agama taruk tepi dulu, utamanya nak untung, siapa pelanggan yang dapat memuaskan pelacur, tanya Ku Li anak raja raja Serambi Mekah kah kah kah, pasal itu dilema, kangkang depan atau belakang, siapa akan bayar dengan jawatan, siapa akan bayar dengan juta billion, siapa akan beri Audi, Wellfire, BMW, kah kah pasti ada ayat ayat yang orang kampung tak faham diterjemahkan supaya orang cinta fius selalu, kah kah selagi otak kurang oksigen begitu lah hancur kaum kerabat satu bangsa menghalalkan cara, matlamat satu saja nak duit money dollar dinar kah kah kah d kalau dapat nenas tambahan kah kah
Catat Ulasan