Umno tak namakan Zahid sebagai PM, kata Ahmad Maslan
UMNO tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang ia akan menamakan Presiden Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung Ahmad Maslan.
Menerusi akaun Twitternya, ahli Parlimen Pontian itu menafikan Umno bersetuju menamakan Zahid dan menyifatkan kenyataan tular itu sebagai palsu.
“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya. Periksa semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok.
“Jika tiada, maka ianya palsu, fake,” katanya.
Menurut Ahmad, kenyataan palsu itu mula tular selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan dalam kes sistem visa asing (VLN) pada Jumaat.
Kenyataan mendakwan Majlis Kerja Tertinggi Umno akan berjumpa pada 30 September untuk membincangkan cadangan melantik Zahid sebagai calon perdana menteri untuk Barisan Nasional pada PRU15.
Umno sebelum ini mencadangkan Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri semasa untuk jawatan perdana menteri menjelang PRU15.
Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 million (RM43.68 million) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pusat sehenti di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak sebagai pembekal sistem bersepadu VLN.
Dia juga dituduh dengan tujuh pertuduhan rasuah berjumlah S$1.15 million, RM3 million, €15,000 (RM68,995) and AS$15,000 (RM65,854.50) daripada syarikat sama berkaitan tugas rasminya.
Hakim bersidang Yazid Mustafa membuat keputusan yang pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Zahid. – 25 September, 2022.
4 ulasan:
Kalau begitu picit telor saja …kak.kah.kah
Gwa punye pendapatan skrg ni Zahid Totok sosok yg paling layak jadi PM ..lu bayangkang Totok ni boley lepas dgn 40 kes sakau sekali guzz ..Lu bayangkang ni lah sosok Islam yg kita pirlukan ..sebab musoh utama Islam dan Melayu adalah Yahudi dan Chino ..duo2 kapir laknat yg sgt jahat ..penipu ..tanam musang king ..pompuan nyo pulak pakai skirt nampak spender ..idoooop molayu ..tuckbEEr
1Msia dah jd blur bukan mael sorang je. Garisan diantara benar dan palsu dah jadi kelabu. Arini benar esok palsu esok palsu lusa benar tulat sebahgian benar sebahgian lg palsu.
Kelayakan paling utama untuk jadi PM ialah berani mencurik billion bukan setakat juta, berani beri projek kepada keluarga ketua bahagian ketua projek, berani menipu depan TV3, berani menipu kerajaan berani tipu rakyat, berani sapu kiri kanan, berani bercakap bahasa melayu, tak pandai bahasa orang putih kah kah kah ini semua kelayakan utama, , jangan lupa beramai bawa motosikal lumba bersama Mat rempit, bina litar lumba, sebab nak undi 18 tahun kalau semua ini boleh dibuat makan paling layak lah menjadi Ketua Negara Korupsi Number Satu Dunia kah kah kag
Catat Ulasan