Najib mahu lantik peguam UK jika semakan SRC dibenarkan
NAJIB Razak sekali lagi akan cuba melantik Peguam Diraja Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya dalam kes SRC International jika Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini bagi mengekalkan sabitannya, kata peguamnya Muhammad Shafee Abdullah hari ini.
“Najib masih cuba melantik Peguam Diraja Jonathan Laidlaw sebagai peguamnya jika permohonannya untuk menyemak semula kes rasuah SRC International dibenarkan didengar semula.
“Jika Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan, maka pasukan pembelaan memerlukan kepakaran Laidlaw untuk kes itu,” kata Shafee kepada media.
Peguam terkemuka itu berkata terdapat dua senario untuk Najib dalam permohonannya menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan