Selasa, 4 Oktober 2022

INI PROJEK SEKSA NAJIB

Tangguh kes jenayah ahli politik, cadang Zaid Ibrahim

SEMUA kes jenayah melibatkan ahli politik wajar ditangguhkan buat sementara waktu ketika pihak berkuasa menyiasat elemen jenayah dalam buku bekas peguam negara (AG) Tommy Thomas, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.

Semua kes itu perlu ditangguhkan atas kebimbangan wujud pendakwaan terpilih, katanya kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Beliau mencadangkan kes-kes itu ditangguhkan sehingga peguam negara baharu dilantik kerana Idrus Harun yang menggantikan Thomas “gagal” serta tidak membantu keadaan.

“Semua kes berprofil tinggi patut ditangguhkan sehingga pelantikan AG baharu, yang pasti akan berlaku menyusuli pilihan raya umum akan datang,” katanya, seperti dipetik FMT.

Antara ahli politik yang sedang dibicarakan di mahkamah termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Presiden Muda merangkap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sedang dituduh di mahkamah.

Dua pemimpin Umno lain iaitu Timbalan Ketua Menteri I Sabah Bung Moktar Radin dan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru juga sedang dibicarakan atas tuduhan jenayah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu mengarahkan siasatan lanjut ke atas Thomas selepas Jemaah Menteri menerima laporan siasatan ke atas kandungan buku memoirnya  ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Buku itu terbit selepas Thomas letak jawatan susulan peralihan kerajaan pada Mac 2020.

Pasukan petugas khas siasatan ke atas buku Thomas mendapati ada kemungkinan beberapa salah laku jenayah termasuk salah guna kuasa. – 4 Oktober, 2022.

WOIT

PEGUAM DARI

UK NI... OPPS

ULU KELANTAN

SEBELAH SAPA

KAH KAH KAH

NI MACAM NAK

KENAKAN NAJIB

KAH KAH KAH

NAJIB NAZAK 

TINGGAL SORANG

DIRI DALM JIL

YANG LAIN TAK

AKAN DI BICARA

KAH KAH KAH

KESIAN NAJIB

TAKDA SAPA

PEDULI

KAH KAH KAH

NAK DATANG

PARLIMEN PENJARA

LARANG

KAH KAH KAH

AKHIRNYA YANG

MASUK JIL

HANYA NAJIB

DAN ROSMAH

KAH KAH KAH

YANG LAIN KES

SEMUA BATAL

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah dah dapat peluang mencela, cari peluang waktu masa untuk cucuk jarum tanpa sedar, memang lah nak tangguh semua, supaya penjenayah terus bebas terus pimpinan negara amin kah kah kah sampai Atok pun letih nak perbetulkan diri anak anak buahan asuhan dia jugak, sampai lawan bapak lah kah kah

Amier The Hero berkata...

Alang² ajib dah masuk dalam tu, elok gak la tanyo dio.. apo jadi pado mh370!!! Apo perjanjian yg dio buek sebona eh.. antagho cino meghah dongan usa. Tak mungkin kapa sebosa tu ghaib camtu ajo.. wajib kopit kuku kelengkeng ajib dongan playar. Sughuh dio cito hal sebona eh.. binawe punyo ajib... Apak omak anak bini org ghaib mcm tu ajo, kubo pun takdo tulang pun tak jumpo...