Saya tak tahu isu ceramah individu keturunan Nabi dibatalkan – KM
MELAKA – Kerajaan negeri tidak mendapat sebarang maklumat mengenai pembatalan penganjuran ceramah program Maulidur Rasul melibatkan individu yang didakwa keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW malam tadi.
Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali berkata, setiap penceramah yang ingin mengadakan program di Melaka seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum ia diteruskan.
“Tapi yang kamu maklumkan tadi (pembatalan penceramah keturunan ke-38 Rasulullah) maklumat itu belum sampai kepada kepada saya lagi.
“Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Datuk Md Rawi Mahmud) perkara itu akan dibawa ke Pejabat Mufti dahulu untuk melihat (dinilai),” katanya pada sidang media selepas program Majlis Penyerahan Cenderahati Bayi Qurratu A’yun Sempena Sambutan Maulidur Rasul 144H/2022M di Hospital Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembatalan program individu dari Maghribi dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW di sini malam tadi.
Program itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pukul 7.30 hingga 11.30 malam di sini malam tadi.
Ditanya adakah pembatalan program berkenaan dikeluarkan Jabatan Mufti, Sulaiman berkata, perkara itu di luar pengetahuannya kerana tidak berada di lokasi penganjuran.
Difahamkan, setakat ini, tiada satu pihak pun bertanggungjawab menguruskan ceramah individu berkenaan termasuk tidak mengemukakan sebarang permohonan kepada Jabatan Mufti Melaka.
Sebelum ini, media melaporkan program dihadiri individu sama dibatalkan di beberapa buah negeri termasuk di Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan. –
3 ulasan:
TT hang tak berasa nak mengaku keturunan nabi juga kah? Kahkah
Finally u know bro. good efforts
Kok kito koturonan nabi Muhammad, kito kompom dapek momuki dgn 72 ikor bidadari ko ..Kaum Mayan koturonan sapo ..cam den orang asli atau ghayat kaum apo lak ..kato nyo ghamai Yaampong kek Malaya ni bodarah nabi ..yo ko
Catat Ulasan