Rabu, 12 Oktober 2022

MAIL BERA DAH PANDAI BERSILAT


PM salahkan Muhyiddin, 12 menteri Perikatan punca Parlimen bubar


PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan Muhyiddin Yassin dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) kerana menyebabkan kerajaan tidak dapat dipertahankan dan memaksa beliau membubarkan Parlimen.

Ismail Sabri berkata surat 12 menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian mereka menentang pilihan raya umum diadakan tahun ini, dan pengisytiharan Muhyiddin terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai musuh PN pada pilihan raya adalah antara sebab keputusannya untuk mencari mandat baharu.

“Tindakan menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi perdana menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekaligus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

“Malah tindakan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh utama PN adalah BN mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai kerajaan,” katanya lagi.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan perkenan pembubaran penggal Parlimen semasa, yang sepatutnya berakhir pada Julai.

Pada hari yang sama, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengatakan Agong tidak mempunyai pilihan selain menerima permintaan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata walaupun baginda kecewa dengan senario politik semasa, baginda berasa mandat itu perlu dikembalikan kepada rakyat.

“Selepas bertemu perdana menteri petang semalam (Ahad) dan selepas meneliti permintaan dibuat oleh Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan memberi perkenan diraja untuk membubarkan Parlimen.

“Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan perdana menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan. 

Naib presiden Umno itu berkata menteri daripada PN semakin memusuhi gabungan BN dan ada yang secara terbuka mengkritik keputusan serta dasar kerajaan yang disertai mereka sendiri.

Ismail Sabri berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat kenyataan mencadangkan Parlimen dibubarkan kerana mendakwa kerajaan gagal mengurus negara dan ekonomi dengan baik.

“Kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia. 

“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang.” – 11 Oktober, 2022.

WOIT

KAH KAH  KAH

MAIL BERA

DAH PANDAI

BERSILAT LIDAH

KAH KAH KAH

DAH BERANI

TUDUH ABAH COW

JADI PUNCA

PARLIMEN BUBAR

KAH KAH KAH

ABAH COW TULIS

SURAT PD AGONG

TAK MAHU PRU TAPI

MAIL BERA TUDUH

ABAH COW JADI

PUNCA

KAH KAH KAH

MAIL BERA

UBAH CERITA

KAH KAH KAH

DIA KENA TEKAN

OLEH ZAHID INI

KEPALA PUNCA

KAH KAH KAH

 TAPI KERANA 

NAK WATIKAH

DARI ZAHID

MAKA MAIL BERA

PUTAR CERITA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: