Selasa, 11 Oktober 2022

SEBAB PARLIMEN DIBUBAR MUSIM BANJIR



Wajar bubar Parlimen kerana parti kerajaan bermusuh, kata Umno

PARLIMEN wajar dibubarkan kerana parti lain dalam pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan mereka sebagai musuh utama, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Katanya, tindakan demikian jelas menunjukkan wakil-wakil parti itu yang membentuk kerajaan campuran tidak memperlihatkan solidariti kepada Ismail Sabri, yang merupakan naib presiden Umno

Menurutnya, pendirian itu dibuat dalam Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bersidang malam tadi.

“Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap perdana menteri dalam mentadbir negara.

“Malah mengisytiharkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui kerajaan,” kata Ahmad.

Ahmad berkata, Umno menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan berpendirian negara tidak boleh dibiar berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Parti itu juga berpendirian mandat perlu dikembalikan kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen dalam ucapan yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Umno juga menyarankan tempoh pertengahan November waktu terbaik untuk PRU15, sebelum musim tengkujuh bermula.

“Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh tersebut,” kata Ahmad.

Parti juga memutuskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang ditetapkan pada 23 hingga 26 November akan ditunda kepada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak, katanya

Tambanya, Umno akan berkempen dalam PRU15 dengan membawa tema “kestabilan dan kemakmuran” seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Perikatan Nasional melalui pengerusinya Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan BN musuh utama parti itu dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Presiden Bersatu itu berkata, komponen PN dari PAS, Gerakan, SAPP, dan Star harus bertindak selari dengan ketetapan itu.

PAS bagaimanapun menolak idea menjadikan BN musuh utama mereka dan masih membuka pintu rundingan dengan Umno demi agenda penyatuan ummah bersama Bersatu dan PAS.

PAS juga menegaskan Pakatan Harapan merupakan musuh politik mereka dalam PRU15

Ismail Sabri Yaakob dalam pengumumannya semalam berkata Parlimen dibubarkan bagi menamatkan kritikan ke atas keabsahan pentadbiran kerajaan.

Dengan pembubaran Parlimen, PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. – 11 Oktober, 2022.

PARLIMEN 

BUBAR SEKARANG

UNTUK SELAMATKAN

ZAHID

AMIN

PARLIMEN BUBAR

GAGAL LAH TUGAS

MAIL BERA YANG

MAHU PENJARAKAN

SATU LAGI

PRESIDEN UMNO

AMIN

KHALAS




Tiada ulasan: