Annuar masih teringin
jadi calon BN
PUTRAJAYA – Annuar Musa menyuarakan kesediaannya menjadi calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.
Bagaimanapun menurut beliau, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN yang akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Sebenarnya ramai, bukan saya sahaja sentiasa teringin menjadi calon. Kalau kita mempunyai keinginan untuk berkhidmat, maka kena ada keinginan untuk menjadi calon.
“Itu keinginan tetapi sama ada menjadi calon mewakili parti, maka parti yang menentukan, bukan kita,” katanya Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di sini hari ini.
Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ucapannya berkata, sukar untuk beliau meninggalkan bidang politik kerana sudah lama terlibat dalam proses demokrasi itu di negara ini.
“Sebagai orang politik yang menyertai pilihan raya lapan kali, tiga kali tewas dan lima kali menang, saya masih lagi tegap berdiri dan masih lagi teringin nak jadi calon,” akuinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan