Jumaat, 25 November 2022

BEKAS KETUA HAKIM KEAN TIPU



Bekas ketua hakim kecewa Umno sokong Anwar


BEKAS ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad kecewa kerana Umno bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan membolehkan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik menjadi perdana menteri ke-10.

Langkah itu menyebabkan beliau berasa tertipu dan tidak lagi dapat menaruh kepercayaan ke atas Umno yang kini masih dipimpin presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagi saya, bahawa Umno dan BN berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa.

“Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu.

“Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin Umno lagi. Selamat tinggal Umno,” katanya dalam tulisan di blog beliau tunabdulhamid.my.

Beliau menyebut demikian dengan membangkitkan rentetan rundingan yang berlangsung untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 menyaksikan tiada parti menguasai majoriti.

Jelasnya, walaupun pemimpin dewan tertinggi BN dan majlis kerja tertinggi Umno menegaskan menolak kerjasama dengan PH, perkara itu tetap berlaku.

Dengan nada kecewa Abdul Hamid mempersoalkan kenyataan awal Istana Negara yang menyebut baginda mendapati tiada pihak menguasai majoriti mudah.

“Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar,” katanya.

Kenyataannya disiarkan hari ini, selepas Anwar memberi jaminan agar sokongan majoritinya diuji di Dewan Rakyat dalam persidangan 19 Disember.

Abdul Hamid juga menuduh DAP bersikap licik kerana “tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU15 dan rundingan bergabung selepas PRU15”.

Beliau mendakwa tindakan ini menyebabkan orang Melayu tidak curiga terhadap parti berkenaan.

DAP semalam menyebut, kejayaan rundingan antara lain hasil disiplin ditunjukkan apabila para pemimpin parti tidak membuat kenyataan sepanjang rundingan berlangsung.

Parti tersebut dan PKR juga memberi amaran kepada ahli dan juga para penyokong agar tidak mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi meraikan kemenangan.

Anwar hari ini mengumumkan beliau hampir menguasai sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dengan sokongan BN, GPS dan GRS. – 25 November, 2022

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

BEKAS KETUA

HAKIM PUN KENA

TIPU

KAH KAH KAH

INI SUDAH

BERAT

KAH KAH KAH

ORANG BIASA

YANG TAK TAHU

HUKUM PASTI

LAGI RAMAI

KENA TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semasa PN,BN PAS bersekongkol dlm langkah sheraton, tiada pula kekecewaan dicipta..sb wang pussykom tak masyuk ke?

Tanpa Nama berkata...

mangkuk hayun ni mahu PN & Bn bergabung sebenarnya nak bagi umno lingkup cepat sikit , 32 bulan dah terbukti trojan horse Pn dlm umno ibarat sapu akar umbi umno. Permusuhan politik antara BN & PH ada politik sihat tak kacau ahli2 umno .

diniewa berkata...

Blia dh jadi bekas, bru nampak banggangnya, sama mcm bekas PM.