Rabu, 23 November 2022

BN BERTEMU MUHYIDIN


Ahli Parlimen BN bertemu Muhyiddin, kata sumber

AHLI-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin Yassin petang ini bagi mendengar cadangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkenaan kerajaan perpaduan, menurut sumber parti.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob pertama tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur, disusuli Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan.

Ismail berkata beliau berada di hotel tersebut untuk menghadiri mesyuarat dan enggan mengulas lanjut.

Presiden MCA Wee Ka Siong bagaimanapun tidak menyertai pertemuan petang ini.

Di Facebook, Wee memuat naik gambar di pejabatnya di ibu pejabat MCA, sekali gus menafikan dakwaan beliau turut menyertai pertemuan dengan Muhyiddin.

“Saya kini berada di ibu pejabat MCA untuk urusan parti,” tulisnya. 

Pertemuan petang ini diadakan selepas tiga pemimpin tertinggi BN menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi, bagi merungkai kemelut politik negara yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Berkenaan keputusan BN untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau PN, Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah Tuanku.”

Beliau seterusnya berkata titah Baginda itu akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Semalam Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Muhyiddin.

Menurut Anwar, Baginda mencadangkan agar PH dan PN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Muhyiddin dalam sidang medianya selepas mengadap Agong menolak saranan Baginda bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan PN konsisten dengan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan PH.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memenuhi kehendak Agong dengan mana-mana pihak.

Dalam pilihan raya umum minggu lepas, PH menang 83 kerusi. PN memperoleh 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi. – 23 November, 2022. 

BN TUKAR 

PANDANGAN

ATAU NAK 

TUKAR

DOMPET

KAH KAH KAH

POLITIKUS TETAP

POLITIKUS

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa bagi lebih, siapa bagi tawaran baik punya, kenapa tak bawa MCA masa runding RM, kah kah kah bodoh kah kah semua tahu, sekarang ini BN tawar menawar mana satu elok, yang dara tak ada duit, atau janda londeh duit berjuta kah kah kah pelacur sudah pasang tempat pelacur masuk PN untung kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

umno bn pn akan berbincang mengenai keuntungan diri dan kabilah sendiri..depan rakyat disuruh pertahankan malaysia dari dap, walhal menteri terenganu sendiri mendptkan wang pelaburan dari vincent TAN. anak2 muda tik tok diberi template arahan parti mengaku islam dan perjuangan bangsa. garis perlawanan bukan perlawanan kelas miskin vs kaya.perlawanan sebenar gau fikir adalah perlawanan miskin bandar vs org kampung..

Tanpa Nama berkata...

gua teringat kata2 liew chin tong dari dap johor.beliau terkejut dgn sikap mahiaddin yg dikatakan talam dua muka. mahiaddin ni two face enemy.mahiaddin meminta sokongan dap di johor dan si abah mahiaddin ni menikam belakang dap.itu belum kes cirit mahiaddin yg menutup parlimen, meyekat peruntukan kpd YB ketika diistiharkan darurat,meluluskan rm600 bilion tanpa kelulusan parlimen.makanya, hal unity goverment bukan la perkara wajib mahiaddin.apakah kita masih lagi mahukan PM yg meletakkan jawatan kerana kegagalan dan mengakuinya, tapi bercita2 mahu jd PM semula?

Tanpa Nama berkata...

bro..gua melihat nurul izzah tewas di permatang pauh.idea2 nurul ini dikatakan hebat oleh beberapa pakar ekonomi.namun, apakah org2 permatang pauh melihat idea2 hebat ini? apakah org2 permatang pauh hanya memerlukan YB2 hanya duduk di kawasan sendiri tanpa memperjuangan hak2 permatang pauh termasuk rakyat umum? kita sudah duduk 22tahun zaman digital dimana buku dan maklumat dihujung jari.lu jgn fikir warga tua itu buta IT, mrk juga ada IG,Tiktok,ada FB.utk kelantan dan trnganu, gua tak heran PH kalah.70peratus pekerja kerajaan adalah orng kelantan dan terengganu.org2 pantai2 timur akan mendahului org2 mrk sekiranya ada sesuatu kekosongan di kerajaan.sb itu kita lihat PH kalah di putrajaya.bukan sb calon PH tak bagus kalo dibanding dgn mat jidin asal kelantan.mrk akan memilih ras yakni ras negeri, ras bangsa, ras keluarga..