Sabtu, 19 November 2022

DUA PETANG 58% DAH MENGUNDI


58% sudah mengundi, umum SPR


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 58% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara setakat 2 petang tadi.

Dengan peratusan ini, jumlah pengundi yang keluar setakat 12 tengah hari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengatasi mereka yang mengundi pada waktu yang sama pada pilihan raya umum empat tahun lalu.

Sebagai perbandingan, setakat 12 tengah hari semasa PRU14, 47% keluar mengundi atau bersamaan 7,022,093 pengundi. Pada PRU15 ini, 42% yang keluar setakat ini bersamaan 8,892,928 pengundi.

Lebih 2 juta berbanding jumlah pengundi yang keluar pada waktu sama empat tahun lepas.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi di Semenanjung dan 7.30 pagi di Sabah, Sarawak, dan Labuan juga dilapor berjalan lancar dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan SPR, termasuk larangan membawa telefon genggam ketika mengundi.

Semua pusat pengundian dijadual ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, kecuali di Sabah dan Sarawak yang akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Di Semenanjung, pusat mengundi di Pulau Besar di Johor tutup 11 pagi kerana hanya mempunyai satu tempat mengundi, lapor Bernama.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.


SPR hari ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi negeri Tioman bawah kawasan pilihan raya Rompin selepas calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi tadi.

Proses pengundian bagi kerusi Parlimen Rompin dan dua lagi kerusi negeri bawahnya iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam bagaimanapun berjalan seperti biasa. 

SPR sebelum ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai selepas calon Pakatan Harapan M Karupaiya meninggal dunia. Hari pengundian baharunya ditetapkan pada 7 Disember sementara penamaan calon pada 24 November.

PRU15 ini melibatkan lebih 21.17 juta pengundi yang layak mengundi, termasuk hampir 7 juta pengundi baharu yang berumur 18 tahun dan mereka tidak bernah berdaftar tetapi kini didaftarkan secara automatik.

Selasa lalu, hampir 95% daripada lebih 265,000 pengundi terdiri daripada anggota polis dan tentera mengundi awal di seluruh negara.

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Ne­geri Sembilan, Terengganu dan Kelantan – semuanya bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional melalui PAS – tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing untuk mengelak banjir.

Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, SPR memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir. – 19 November, 2022. 

DAH RAMAI

MENGUNDI

AMIN

TAHUN DEPAN

BULAN 3

LEPAS RAYA CINA

MENGUNDI LAGI

KAH KAH KAH

BAGI CINA

TAK BALIK

SEKALI LAGI

AMIN

RAKYAT KENDURI

LAGI SEKALI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: