Jumaat, 11 November 2022

KEMPEN POLITIK MAKIN HANGAT


Seorang lelaki ditahan, 2 lagi diburu terbabit kes pukul, cabut bendera parti


POLIS menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua rakannya bagi membantu siasatan kejadian kes pukul seorang lelaki serta merosakkan bendera parti politik di Kampung Main Road, Perai dekat George Town, Rabu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa, berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penghantar gas dan memaklumkan dia telah diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh tiga lelaki berusia lingkungan 30-an.


Polis siasat kes calon BN DUN Hulu Kinta terima ugutan


POLIS sedang menyiasat kes ugutan yang diterima calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta Mazlan Abd Rahman daripada pihak tidak dikenali dengan memintanya membuat bayaran RM300,000.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan daripada Mazlan, 50.


Polis tahan lelaki disyaki bakar bendera PAS, Jalur Gemilang


POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki membakar Jalur Gemilang dan bendera parti PAS, berdekatan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Raja Kuala Jengai di Dungun, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi selepas pihaknya menerima laporan mendakwa suspek membakar bendera-bendera itu, yang dipaparkan dalam klip video tular di laman media sosial TikTok bernama @mohammadfarhan2953.

INI BARU BETUL

BUAT KEMPEN

HANGAT

KAH KAH KAH

POLIS GARI

LOKAP SEMUA

SAMPAI

KAH KAH KAH

BARU SERONOK

KITA LIHAT POLITIK

DUNIA KE TIGA

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tipu pilihanraya turun jalan raya..bro, lu ingat buku ni?gua fikir SPR sedang menyusun rapi utk mengalahkan PH.ada pengundi pos yg dah selesai mengundi hari ini, ada yg dibayar rm300 utk undi.walhal pengundi awal adalah 15NOv. namun ada pengundi pos luar negara yg akan terima kertas undi selepas hari mengundi.mana SPR pada saat ini? mana prof undang2 UM azmi sharom? apakah azmi akan bertindak seperti azhar haron.gua jangka azmi akan berhujah seperti azhar haron yakni bertindak mengikut undang2 yg dibuat oleh MP parlimen. Namun di parlimen pun ada azhar harun yg banyak kali menidakkan persoalan2 yg dibangkitkan mengenai sistem SPR.Gua jangka SPR akan tuding jari sana sini.hakikatnya hanya la utk dilihat profesional dgn mengikut garis undang2 yg diputuskan ahli parlimen..PH akan ditewaskan oleh SPR dan JPN.dah zaman 2022, zaman thumb print tp ada masalah dgn IC lama.teknologi berkembang sehingga green packet dpt projek dari kj kkm,namun masih lg menggunakan pemikiran sama.gua yakin PH akan kalah disbkan SPR..

Tanpa Nama berkata...

bro..awal wahid gua baca kes lrt kj line ini sbg satu sabotaj.yea..sabotaj..kalo lu tgk laluan2 yg ditutup itu adalah laluan utk org balik mengundi mengunakan bas,ets,railway dan dan dan..lrt yg didanai tengku zafrul mahu sabotaj rakyat namun mb selangor dtg dgn pertolongan 20buah bas.lepas 24jam, baru la menteri mca asal johor umumkan kerosakkan disbkan sabotaj dan pulih seawal 15nov.gua sudah jangka semua ini.laluan kj bukan saja projek sabotaj tapi kj di sg buluh juga telah mensabotaj dirinya sendiri.gua bangga dgn kj membangunkan rembau.mana ada dlm sejarah org pecah tanah sampai 3 kali utk buat hospital? hanya kj yg mampu buat mcm tu sb itu yg dia belajar masa kat oxford.lebih parah, SPR akan sabotaj rakyat.bila banjir, warga akan hilang IC,lupa letak ic kat mana..walhal SPR bole je guna thumb print utk check warganegara..apa punya turr..SPR akan susahkan rakyat utk undi.kena que panjang.bukan semua perkara tuhan tentukan.

Tanpa Nama berkata...

setakat ni belum dgr lagi pendekar2 selempang merah turun bikin huru hara.blum dgr lagi pekida bikin kacau..kita tunggu next week..parang terbang halimunan pun bole dtg mengundi..

Tanpa Nama berkata...

benteng akhir BN PN PAS GTA adalah SPR..suruhanjaya pilihan raya..kalo azhar harun pun boleh berubah menjd syaitan, gua yakin kawan undang2 beliau pun boleh bertindak yg sama.SPR akan salahkan MP diparlimen,rakyat akan salahkan MP PH,namun rakyat lupa bahawa batu halangan PH di parlimenada tuan speaker haram jadah art harun..

Tanpa Nama berkata...

Lagi dekat lagi banyak perangai sebenar YB keluar, bagus bagus saja, semua baik belaka, tapi ingat setiap perbuatan ada balasan, setiap tindakan ada tindakan balas, ramai desperado cari makan, peng anal cari makan, masa buat duit, masa bodek, masa curi duit, masa untuk segala kejahatan, duitan atasan tak sampai bawah, semua songlap separuh jalan, tak kira agensi apa, asal yang ada begitu, atasan dah ajar, curi tak salah, jangan kena tangkap sudah, kah kah kah ini budaya bawaan Bossku dan sekutunya sekali gus semua terpalit, yang tangkap baru dakwa, belum tentu salah, kah kah kah ini modal mereka, tetapi akan sampai masa, kejahatan akan dapat balasan, kebaikan akan dipenuhi keberkatan amin, semoga semua selamat, orang kerajaan kerja untuk kerajaan bukan untuk individu jangan alpha jangan keliru, kerajaan dipilih oleh rakyat, sepatutnya kerja untuk rakyat bukan pemimpin jadi jangan melampau sangat ya, masa akan sampai kah kah kah