Jumaat, 11 November 2022

KHAIRY PALING TEPAT JADI PM



KJ miliki karakter, personaliti dan rekod prestasi baik untuk jadi PM, kata Annuar


CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin mempunyai karakter, personaliti dan rekod prestasi yang baik untuk menjadi perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Mutimedia Annuar Musa.

Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata kenyataan berani Khairy yang menyuarakan hasrat menjadi perdana menteri satu hari nanti membuktikan menteri kesihatan itu seorang yang berkeyakinan dan bersikap positif.

“Hasrat ini jelas menunjukkan komitmen Khairy meskipun dia bertanding dalam satu kawasan yang sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Itu satu pernyataan menunjukkan keyakinan diri yang sangat bagus. Pada saya itu adalah antara sifat-sifat seorang yang mempunyai keyakinan diri, tidak ada kompleks rendah diri dan dia masih menyatakan komitmen, malah saya akui apabila dia membuat kenyataan sedemikian sambutan yang diterima begitu hangat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti eSports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di Kota Bharu hari ini.

Annuar berkata hasrat yang dibuat oleh Khairy itu adalah untuk masa akan datang.

“Dia (Khairy) masih tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawasanya Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal untuk menjadi perdana menteri apabila BN dapat membentuk kerajaan pada PRU kali ini,” katanya. – Bernama, 10 November, 2022.




KHAIRY WAJIB

GANTI MAIL BERA

AMIN

KHAIRY SEBAGI

CALON PM

BN PASTI MENANG

AMIN

KHAIRY INI 

BIJAK BAHASA

INGGERIS

AMIN

KJ PALING LAYAK

JADI PM

 BUKAN MAIL BERA

 MI SPIK NO INGLIS

AMIN

KHAIRY BOLEH

KENAL

 BARANG BAIK

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA

LOKMAN  ADAM

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak ckp ore kelate pakai LV ni..suh kj lawan presiden dulu..kj ni oportunis..time bini gemok, kj sibuk cari yg slim.ckp inggeris je blum tentu ada isi.bak kata member gua, kalo nak tipu org kampung, lu kena ckp inggeris dgn fasih.baru la org kampung kagum dan tertipu.org kampung hanya nak imbuhan utk jadi tok ketua, nak untung jual baja,jual benih,nak niaga jentera tuai pagi.kalo betul kj nak jd PM, umno wajib buat pemilihan parti.beza dr zul kuala selangor dgn kj, dua2 fasih bahasa ingeris, namun perlaksanaan dr zul lebih praktikal dan bukan sekadar ckp kosong tanpa pekeliling..tp dr zul takda pecah tanah hospital rembau sampai 3 kali..kencing org rembau mcm tu je pun kj kata dia bangga bangunkan rembau..pelik pelik..tak perlu made in oxford utk jd yg terbaik.cer tanya kj, mcm ne nak selesaikan hutang 1mdb, ringgit jatuh, harga ubat berkualiti ditukar ke ubat murah..selain pernafian, apa kj boleh buat..cer tanya KJ, greenpacket tu syarikat ketum ke syarikat ganja..tanya la soalan2 power kat kj oxford ni..tgk rafizi, siap buat sidang media jawap soalan walaupun ada wartawan bangang malaysianow bagi soalan bangang..benda dah diexplain 2,3 hari yg lalu tp masih soalan yg sama..