Khamis, 10 November 2022

MAIL BERA CAKAP BESAR



BN yakin tawan lebih 112 Parlimen

BARISAN Nasional (BN) yakin mampu menguasai lebih 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno, berkata berdasarkan maklumat terkini kempen PRU15 yang dibentangkan pada mesyuarat “Top Five” parti itu di Kuala Lumpur hari ini, perkembangan penerimaan pengundi terhadap BN yang diterima beliau amat positif.

“Top Five” Umno merujuk kepada presiden parti itu Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga naib presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin, Ismail Sabri dan Mahdzir Khalid.

Ismail Sabri berkata walaupun BN boleh membentuk kerajaan dengan 112 kerusi namun beliau percaya ia tidak akan bersendirian dalam membentuk kerajaan sebaliknya bersama dengan rakan BN dari Sabah dan Sarawak supaya lebih stabil.

“Kita memerlukan kerajaan yang lebih kuat. Kita perlukan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak untuk bersama kita dan mengharapkan sokongan mereka untuk memperkuatkan kerajaan yang dibentuk pada masa akan datang.

“Walaupun 112 (kerusi Parlimen) sudah boleh membentuk kerajaan kerana tidak boleh lagi berlaku lompat parti tetapi kita mahu kerajaan yang lebih kuat bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Ramah Mesra di Kampung Batu Bor hari ini.

Beliau berkata berdasarkan taklimat itu juga, BN mendapati mood pengundi di seluruh negara semakin menyokong parti itu sama ada pengundi di luar bandar dan kawasan urban selain pengundi bukan Melayu juga sudah kembali memberikan sokongan kepada BN.

“Pengundi juga dilihat membuat perbandingan prestasi Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir kerajaan pada 2018 dengan kejayaan pentadbiran BN sebelumnya.

“Jadi mereka lebih yakin BN mampu bawa negara ke tahap lebih baik berbanding PH,” katanya. 

Mengulas sentimen pengundi muda, Ismail Sabri berkata BN sedang melaksanakan libat urus dengan golongan itu seperti menerangkan mengenai tawaran BN selain memberi panduan proses pengundian kerana majoritinya adalah pengundi kali pertama.

Pada PRU15, Ismail Sabri selaku penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004, ditentang calon PH Abas Awang dan Asmawi Harun (PN-Bersatu).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Selasa ini sebagai pengundian awal manakala 19 November sebagai hari pengundian. – Bernama, 10 November, 2022.


WOIT

MAIL BERA

HEBAT

KAH KAH KAH

KEMPEN BN

YG BERCELARU

MASIH BOLEH

DAPAT 112 KERUSI

KAH KAH KAH

KALAU MAIL BERA

DAN ZAHID TAK

GADUH PASTI

SEMUA 222 KERUSI

MILIK BN

KAH KAH KAH

WOIT

ANWAR KLIM

PAKATAN ADA 100

KAH KAH KAH

NAMPAKNYA

AKAN ADA 

GABUNGAN

PH DAN BN

KAH KAH KAH

DEMI NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Meeting top 5,maknanya sekor Tak dpt masuk champions league,main Europa cup jela

Tanpa Nama berkata...

Sap sap soi lol, kah kah kah semua sudah atur, banjir sudah atur, kobid sudah atur, pengundi 18 sudah atur jugak, so memang lah confident sangat kah kah kah kita tunggu malam 19 hb, semua settle apa pun bayar dulu tarak hutang, semua settle dulu sebelum keputusan, siapa kencing siapa kentut siapa apa apa akan tahu jugak, kah kah kah saya suka orang over confident macam ini kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

demi negara kepala pundek... demi jubor dia... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Mereka tahu awal, kerja daulah jalan siang malam, kacau sini kacau sana, semua dibuat demi money money money, kalau nasib baik dapat beg birkin kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dia pun tak sangka akan jadi PM dulu, tetiba nasib sekarang dah berminat lah, tak salah, cita cita baik kalau ada.kaliber tak apa, tapi English pun tak erti lagu mana nak nyanyi lagu my way nanti atau ubah Melayu cara saya kah kah kah