Sabtu, 19 November 2022

PENGUNDI MUDA BERDUYUN DUYUN


Jumlah pengundi keluar sudah lebih PRU14

JUMLAH pengundi yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 setakat 2 petang tadi sudah mengatasi jumlah keseluruhan pengundi pada pilihan raya umum yang lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan setakat 2 petang 58% pengundi atau bersamaan 12,280,710 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara.

Jumlah mereka yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ialah 12,251,312 orang atau lebih kurang 82% daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

PRU15 ini melibatkan lebih 21.17 juta pengundi yang layak mengundi, termasuk hampir 7 juta pengundi baharu yang berumur 18 tahun dan mereka tidak pernah berdaftar tetapi kini didaftarkan secara automatik.

Selasa lalu, hampir 95% daripada lebih 265,000 pengundi terdiri daripada anggota polis dan tentera mengundi awal di seluruh negara.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi di Semenanjung dan 7.30 pagi di Sabah, Sarawak, dan Labuan juga dilapor berjalan lancar dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan SPR, termasuk larangan membawa telefon genggam ketika mengundi.

Semua pusat pengundian dijadual ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, kecuali di Sabah dan Sarawak yang akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Di Semenanjung, pusat mengundi di Pulau Besar di Johor tutup 11 pagi kerana hanya mempunyai satu tempat mengundi, lapor Bernama.

PRU15 hari ini serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.

Setakat pukul 3 petang, 65% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara.

SPR hari ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi negeri Tioman bawah kawasan pilihan raya Rompin selepas calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi tadi.

Proses pengundian bagi kerusi Parlimen Rompin dan dua lagi kerusi negeri bawahnya iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam bagaimanapun berjalan seperti biasa.

SPR sebelum ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai selepas calon Pakatan Harapan M Karupaiya meninggal dunia. Hari pengundian baharunya ditetapkan pada 7 Disember sementara penamaan calon pada 24 November.

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Ne­geri Sembilan, Terengganu dan Kelantan – semuanya bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional melalui PAS – tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing untuk mengelak banjir.

Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, SPR memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir.

Di Long Bemang, dalam kawasan pilihan raya Baran di Sarawak, pengundi menaiki bot untuk ke pusat pengundian. – 19 November, 2022.

PENGUNDI

MUDA RAMAI

TURUN

AMIN

AKAN BUAT

KEJUTAN BESAR

AMIN

APAKAH MUDA

AKAN MENANG ?

AMIN

TUNGGU NANTI

MALAM INI

KHALAS

2 ulasan:

Nazrio berkata...

tak boLeh pakai bbudak muda ni....Main game pandai Laa

panglimo potaseh berkata...

Kahkahkah ..PAS menang besar sebab pengundi muda ..generasi berselubung