Rabu, 9 November 2022

SIAPA BANGSAT ?


SIAPA  BANGSAT ?


Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin  -  07/11/2022



1.   Najib kata  orang  Melayu  akan TERBANGSAT  jika  tidak  sokong  UMNO

2.  ALLAH  SWT  Maha  Berkuasa ;  orang  yang  membuat kenyataan  melampau tersebut  terhadap bangsa nya  sendiri kini merengkok  dipenjara Kajang  apabila  9 orang  Hakim  sebulat suara   mendapati  beliau  bersalah  MENCURI wang rakyat  dalam kes SRC  International  ,  dan dihukum  sebanyak  12  tahun penjara  dan denda RM210  juta - gagal bayar, hukuman  tambahan 5 tahun penjara  lagi  dikenakan

3.   Jika  bayar ,  beliau  perlu  menyiadakan hujah yang boleh diterima akal  oleh LHDN  dari mana  sumber  RM210 juta itu diperolehi

4.   Samada  Agong  akan  MENGAMPUNKAN  Banduan  yang kebetulan rakan kenalan baik beliau  yang  belum sampai setahun dua  dipenjarakan , sama - samalah  kita tunggu  dan lihat  kerana  Najib  sudahpun  membuat  rayuan  Pengampunan  Di Raja  atau  Royal  Pardon

5.  Apakah  beliau  juga  akan diberi Pengampunan  Di Raja  diatas  beberapa  kes  berkaitan pencurian  wang  negara sebanyak  RM2.3 Billion  yang  BELUM  selesai  dan  SEDANG  berjalan  diMahkamah  atau  Lembaga  Pengampunan  dan  Agong  mahu  SEMUA  kes  tersebut  selasai  sebelum Pengampunan  di beri ?

6.  Walupun  telah dinyatakan dalam tulisan saya  bertajuk  :

'JUSTICE  DELAYED
JUSTICE   DENIED'

bertarikh 10/10/2022

namun ianya  HARUS  diingatkan selalu dengan  harapan  Lembaga  Pengampunan  dan  Agong  BERTINDAK  SEGERA  dengan  TIDAK  melewat - lewatkan  keputusan  melainkan  ada  sesuatu  perancangan  yang  umum  tidak tahu

7.  Penyokong -  penyokong  tegar beliau  terutama  yang  dibayar  mengenakan  baju dengan perkataan 'MALU APA  BOSSKU'  sudah mula pudar ;  rakyat  mula sedar  ini semua  PROPAGANDA  Najib bagi   menagih  simpati  terhadap  beliau  dan Rosmah

8.  Tanpa  disedari  ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO  dan  Pengurusi  BN  di Perhimpunan  MIC  baru - baru ini  telah  dengan sendirinya  meluahkan  rahsia  yang  tersimpan  didalam hati  beliau

9.  UMNO , seperti biasa  akan menafikan ucapan tersebut  yang   telah  disiarkan  beberapa kali di TV  dengan mengatakan ucapan itu diputar belit , salah  pengertian dan akhir sekali  meyalahkan Pembangkang  dan  pemberita  -  itulah  penyakit  'PENAFIAN'  atau   'DENIAL  SINDROM'   UMNO  dari dulu  hingga lah  sekarang

10.  Kenyataan Zahid  itu  MEMBAWA  ERTI :

I.   Zahid tidak  rela   beliau  diheret  ke penjara  tanpa    pemimpin - pemimpin  UMNO /BN diheret  sama

ii.  Mengesahkan  beliau tahu  pemimpin  - pemimpin  UMNO/BN  korap

iii.  Beliau tahu  kesalahan - kesalahan yang dilakukan  jestru  Pilihanraya  Umum  PERLU  diadakan  sebelum Mahkamah  menjatuhkan  hukum keatas beliau  bagi  melayakan  beliau  bertanding

iv.  Jika  berjaya  menubuhkan Kerajaan ,  beliau dan  pemimpin - pemimpin UMNO/BN  yang  korap akan terlepas dari  segala hukuman

v.  Najib  dan Rosmah  SUDAH  PASTI  diberi Pengampunan  DiRaja  bagi  membolehkan  beliau  menjadi  Pemimpin UMNO/BN   semula

11.  Jika ini berlaku maka Sistem  Perundangan Negara  AKAN  HANCUR ;  UMNO/ BN  akan bermaharajalela  terutama  meneruskan  agenda  rasuah mereka ;  bak kata  pepatah :

RETAK  MENUNGGU
BELAH

12.  Kenyataan  Zahid  juga  membawa erti beliau  tidak boleh  memimpin Parti  tersebut  lagi  - beliau  sudah mula  kehausan  'lakunan drama' 

13.  Difahamkan  Hari Mengundi pada 19hb Nobember  ini  kebetulan  jatuh pada  'Hari Tandas  Sedunia'   jestru  bagi menghormati nya  rakyat  perlu   'FLUSH'   UMNO/BN  yang korap  dari  atas  hingga kebawah buat selama - lamanya

14.  Kita  sedang  dipertuntunkan dengan  beberapa  'adegan  drama'  oleh   mereka sehingga  Bulan ini boleh digelar  'Bulan  Murah  Hati'  , apa tidaknya :

wang ringgit ada  yang  diberi terus  dan ada yang  menyelitkan nya bersama  makanan  yang  dibungkus ,  pemberian  beras , minyak masak  dan  lain - lain lagi  keperluan  dapur  ,  yang tak mampu  makan  dan uzur  di suapkan  dan diberi ubat  ,  mereka akan ke dapur ,  dan membawa yang kurang upaya  ke Pusat  Mengundi

Ingat  kata - kata ini

 "Baik , Baik Ada 
   Makna"

15.  Selepas  menang  bukan kata nak jumpa  calon ,  malah  nak jumpa  pegawai  pun susah  -  situasi  ini  akan  di ulang  setiap  kali Pilihanraya  diadakan -  itu pun  maseh  ramai  yang  tak peduli  kerana  mendapat  sedikit  upah -  CUKUP  LAH  DENGAN  MAINAN  DAN  PENIPUAN  UMNO/BN 

16.  Inilah peluang rakyat  bertindak  MEMBUKTIKAN  mereka  BUKAN  seperti :

LEMBU  DI CUCUK
HIDUNG

Buktikan  kepada  dunia  bahawa  orang Melayu  BUKAN  BANGSAT  seperti  tuduhan Najib

17.  Bak pesan arwah  Tok Guru  Nik Aziz :

Dia Beri Kain , Ambil
Dia Beri  Duit , Ambil
Undi Adalah  Hak Kita

lagi pun dari manakah  datang nya sumber  UMNO/BN  tiba - tiba  bermurah hati  memberi  duit  dan sagu hati  kepada  pengundi

18.   JANGAN  PERDAGANGKAN  MERUAH  KERANA  TERMAKAN  BUDI  JIKA  SAYANGKAN  ANAK CUCU  KITA 

19.  SEPATUTNYA  nya  mereka yang  di tuduh apatah lagi  berhadapan  dengan Perbicaraan  TIDAK  DI BENARKAN  BERTANDING

20.    SESAL  
          DULU
          PENDAPATAN
          SESAL 
          KEMUDIAN
          TIDAK
          BERGUNA

21.    JANGAN
          BIARKAN
          SENJATA
          MAKAN
          TUAN

22.  Semoga  pengundi  tidak  seperti  ikan termakan  umpan dikail , akibatnya dikuali jua ia berakhir


Wassalam
Terima  Kasih

Tiada ulasan: