Ahad, 18 Disember 2022

BERSATU - PARTI KETUANAN ARAB ?



Bersatu sudah ganti Umno, kata Wan Saiful

BERSATU sudah menggantikan Umno, kata ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan, merujuk keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebulan lepas.

“Bersatu hari ini adalah lebih besar daripada Umno dan lebih besar daripada BN secara keseluruhan,” katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian.

“Saya rasa kita telah menggantikan Umno pada hari ini di mata orang Melayu” tambahnya.

Bersatu menang 31 daripada keseluruhan 74 kerusi Perikatan Nasional (PN), lebih satu kerusi daripada BN di Dewan Rakyat.

Daripada 30 kerusi BN itu, Umno menguasai 26 kerusi sementara MCA 2 manakala MIC dan PBRS masing-masing satu kerusi.

Bersatu ditubuhkan pada September 2016 dengan hasrat khusus jadi suara mutlak orang Melayu dan bumiputera.

Parti yang menang PRU14 bersama Pakatan Harapan itu mahu menggantikan Umno yang dianggapnya hilang moral dan integriti serta sudah terbabas dari landasan perjuangan asal.

“Parti yang ada hak untuk bercakap tentang agenda bumiputera, dipercayai oleh rakyat bagi membawa agenda integriti, kerajaan bersih, kemajuan bumiputera orang Melayu-Islam adalah Bersatu,” kata Wan Saiful.

Katanya, Umno sudah hilang legitimasi untuk mewakili suara Melayu terutama selepas parti itu “bersekongkol” dengan PH, dengan DAP komponennya yang berbeza pegangan daripada Umno.

“Saya tak tahu mana orang Umno nak letak muka, terutama di sebelah Pulau Pinang,” katanya, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

“Bagi saya kalau sekiranya ada lagi mereka yang bersemangat untuk mempertahankan agenda bumiputera, integriti, politik baru untuk orang Melayu, maka sebenarnya tempat untuk mereka dalam Bersatu, bukan dalam Umno lagi,” tambahnya.

Dalam wawancara sama Wan Saiful juga berkata sokongan pengundi kepada PN pada pilihan raya umum lepas bukan sekadar gelombang Melayu dan Islam.

“Kalau nak kata ini gelombang Islam atau gelombang Melayu, bagaimana kita nak rasionalkan sokongan yang kita dapat daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

“Bagi saya, ini adalah satu gelombang masyarakat yang mahukan integriti, pembaharuan, kerajaan yang bersih dan menolak amalan salah guna kuasa,” katanya.

Pada PRU15, PN menyapu hampir bersih kerusi Parlimen luar bandar dan pinggir bandar kebanyakannya di Perlis sampai ke utara Perak, serta Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang.

Beberapa menteri Umno dalam pentadbiran lepas juga kalah, antaranya naib presiden Mahdzir Khalid (Padang Terap), Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh), dan Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas).

BN juga tidak mempunyai wakil di Dewan Rakyat dari tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Melaka. – 18 Disember, 2022.



WOIT

DARI  PARTI

KETUANAN MELAYU

BERTUKAR JADI

PARTI KETUANAN

ARAB

KHALAS

Tiada ulasan: