MKT UMNO serah PM siasat dakwaan seleweng RM600 bilion
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi mengesahkan mesyuarat malam ini ada membincangkan dakwaan penyelewengan RM600 bilion melibatkan Perikatan Nasional (PN).
Mesyuarat, kata Puad menyerahkan kepada Anwar Ibrahim untuk menggerakkan siasatan terhadap isu berkenaan.
“(Mesyuarat MKT UMNO) ada bincang isu (penyelewengan) RM600 bilion. Itu kita serah kepada PM untuk meneruskan siasatan.
“Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada memperkatakan mereka bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku,” katanya ketika meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan