Isnin, 19 Disember 2022

MERAKAM SEJARAH


MERAKAM SEJARAH


PADA MALAM 
AHAD 18/12/2022
PERLWANAN AKHIR
PIALA BOLA DUNIA 
ANTARA ARGENTINA - PERANCHIS

GUA ADA BERSAMA KAUM BURUH
WARGA MISKIN KOTA
PENDATANG HARAM
ABANG ADIK KAKAK
DI RESTORAN HUSEN
JALAN THAMBY PILLAY BRICKFEILD

KAMI SEMUA TIDAK
MEMILIKI TV
JUSTERU SECAWAN TEH
SUDAH CUKUP UNTUK BERSANTAI
MENIKMATI BOLA

BOLA SUKAN YANG PALING
DEMOKRATIK
SENANG UNTUK DI IKUTI
SENAANG UNTUK DIFAHAMI

GUA SAMPAI AWAL
UNTUK MAKAN MALAM
BOLA BERMULA JAM 11


DI HADAPAN SKRIN BESAR
KERUSI DAH PENUH
PENONTON MELIMPAH
BERDIRI DARI TEPI JALAN
AMIN



DI HADAPAN SKRIN KECIL
SKRIN  BESAR TELAH PENUH
ADA YANG DUDUK ATAS MOTOSIKAL
AMIN



ABANG INI PENYOKONG TEGAR ARGENTINA
DUDUK DI BELAKANG GUA
KOMENTARNYA AMAT MENARIK
LEBIH HEBAT 
DARI KOMENTAR BOLA RAHIM RAZALI
AMIN

WAJAH SOSOK  INI
DIKENALI OLEH
3 BILION PENDUDUK DUNIA
AMIN


SECAWAN TEH TARIK SEPANJANG MALAM


ABANG KITA INI
DARI INDON 
PENYOKONG TEGAR ARGENTINA
DIA BERI ARAH KEPADA
PEMAIN ARGENTINA
DALAM BAHASA MELAYU JAWA
DARI BRICKFEILD

TUTUP TUTUP TUTUP
SEPAK KUAT
NAH NAH  NAH
GOOOOL !!!
KAH KAH KAH

KOMENTAR DARI  ABANG KITA INI
 LEBIH MENARIK DARI KOMENTAR
STESEN ASTRO
AMIN

GUA PULANG
SATELAH SEPARUH MASA
KETIKA ITU ARGENTINA
DAH MENANG 2 KOSONG
AMIN

Tiada ulasan: