Jumaat, 30 Disember 2022

MINGGU ORIENTASI KOLEJ KE LIMA



 MINGGU ORIENTASI 

KOLEJ KE LIMA



‘ Senior Gentelman sir... may I have the  privilage to know your name  sir....’ aku merendah diri.

Aku bertanya ini kerana aku dipaksa  bertanya oleh seorang  senior.

‘ Fuck you freshie... I have no time for you....fuck off....’ Jawapan yang aku terima dari Senior Gentelman  yang tidak suka diganggu.

Dari  Senior Lady biasanya aku dapat jawapan yang memberahikan..... ‘ don’t be cheeky freshie...’

Pada tahun 1971 ketika aku masuk ke  UM bukan sahaja pelajar  wanita UM  ini dilihat  bijak malah  hampir kesemua mereka dipandang  cun dan bergetah.

Mereka mengancam testosterone aku yang dua tahun terkurung.

Selama dua minggu kami di ragging oleh para senior. Para freshie amat senang di kenali. Tali leher yang  diwajibkan menunjukkan  status kami.

Sebenarnya ragging ini pada hemat aku cara terbaik untuk bersuai kenal. Bersuai kenal dengan penuh  lawak, lucu, kasar, lucah dan berjenaka. 

Memang  betul  para senior  menghamburkan carutan. Ini sebenarnya teater marah.  Bercakap dengan  bahasa Inggeris yang belum pernah didengar. Kami diajar menyanyi lagu-lagu erotik yang senikatanya lawak lagi memberahikan.

Ini yang romantik :
Meet me tonite
In the moon lite
Meet me tonite all alone
I have a story to  tell you
A story that’s never neen told

Once a Papa meet a Mama
Under the jambu tree
Say the Papa to the Mama
Will you marry me

Atau versi yang erotik :
Ya ya ya ya
Ini China they do it for chilies
Here comes the one 
Worst then the other one
Waltzing on his willies

There was a boy from Japan
His cock is sitting in his hand
He is too young to fuck
So he setteled it with his hand
Ya ya ya ya

Atau yang Melayunya:
OOO Cik Minah
Mari kita raba-raba
Tersalah raba
Teraba buntut rusa

Lagu-lagu ini semuanya  mengembalikan kenangan ketika zaman muda. Zaman   Uda baru mengenal Dara. Zaman di mana  Uda masih belum tahu  lagi apa yang ada dalam kain sarung Dara.

Minggu ke dua Orientasi seorang  Gentelman mementaskan satu teater.  Pada  malam  itu satu kumpulan   freshie lelaki  termasuk aku telah dibawa  ke  Kolej Ketiga.  Ini kolej  khusus  untuk  siswi.

Di hadapan pintu masuk Kolej Ke Tiga kami  para freshie mula menyanyi lagu Antem Kolej Ke Lima  - We Are Fifth Collegian.  Tidak ada apa apa reaksi dari warga Kolej Ke Tiga.

Dari lagu Antem kini beralih ke lagu  erotik. Tidak juga ada respons. Tertiba Ah Chai yang menjadi Tok Penghulu kaki ragging  malam itu mengarahkan kami membuka pintu pagar.  

‘ Take off the gate....’ Ah Chai memberi arahan.

Bukan membuka pintu pagar untuk masuk tetapi mencabut  pintu pagar untuk di bawa pulang ke Kolej Ke Lima.

Kami mengheret pintu besi  ini untuk beberapa  ela kemudian kami meninggalkan pintu ini  di tepi jalan.

Satu kerja bodoh. Tapi menyeronokkan ketika kami melakukannya. Ada perasaan macho jantan. Ada perasaan bebal bodoh. 

Tapi semua yang kami lakukan  kami anggap  normal kerana kami ini pelajar universiti. Kami bukan  dari Universiti Kebangsaan atau Universiti Pulau Pinang. Kami dari Kolej Ke Lima Universiti Malaya.

Kolej terulung lagi hebat di Universiti Malaya. 

Mengenang kembali  apa yang telah berlaku   di Minggu Orientasi  Kolej Ke Lima aku tersenyum ketawa dengan penuh nostalgia.

Hari akhir Minggu Orientasi  lebih menakjubkan. Semua situasi  berubah. Pada petang itu kami para freshie  diberi pelung untuk  mengorientasi para senior.

Apa saja yang diminta oleh freshie akan dilakukan para  senior. Dunia beralih.

Ahli Jawatan Kuasa Orientasi cukup sporting. Antara mereka ada  Kutubudin, Johari, Tengku Muhamad, Shah,  Jamil,  Ah Chai, Bozo, Kuldip Singh, Zaman Khan,  Apek – semua nya menjadi bahan lawak  di ragging oleh freshie.

Yang menyeronokkan kami semua para senior akan mengikut apa saja yang freshie arah. Suruh duduk bersila mereka bersila. Suruh ketumbuk ketapi mereka lakukan tanpa membantah.

‘ Bark like a dog....’ aku memberi arahan pada Kuldip Singh.

‘ Huh Huh Huh...’

‘ Fuck you Bengali... benchut.... you must  walk on four feet...’ Aku beri arahan.  

Kuldip merangkak sambil menyalak di Dataran depan  Dewan Makan.

Kami para freshie ketawa terbahak-bahak kerana kali ini kami pun yang membuli senior.

Aku ingat lagi petang itu. Ada juru gambar dan wartawan dari akhbar NST.

Esoknya ada berita muncul dalam NST tentang hari akhir orientasi di Fifth College.

Hujung minggu untuk merayakan tamatnya orientasi ada ‘ informal’. Ini majlis tari menari yang di jalankan dalam Dewan Makan.  

Kami para freshie  lelaki dan perempuan di wajibkan hadir. Kami bersosial. Kami menari. Kami berdansa. Kami bertwist. Kami ber a-go go. Kami berjoget.

Malam itu aku seronok menari terutama irama waltz. Kugiran Fitth Collge  bernama Fifth Sound  telah membawa lagu-lagu pop dan rock.
Pemain muzik terdiri dari  Helmi , Ariff Bakar dan kuncu-kuncu dari Kolej Ke Lima. Shahgul Hamid penyanyi Bakat TV. Shagul bukan warga asrama  menjadi penyanyi jemputan.

Malam informal  adalah malam  jantan mencuba nasib. Terutama bila irama waltz bermain. Mana tahu kalau pintu rezeki terbuka  maka cinta akan berputik.

Hamzah Ros bertemu Siti Hawa bertemu di Minggu Orientasi. Berpacar, bercinta, berijazah, berkahwin – bahagia  sampai ke anak cucuk.

Tapi ini bukan jalur aku. Hishamuddin Rias masih membujang.

Di malam itu   Gan - siswa  sains dari Melaka telah di nobat menjadi Freshie King. Santhi Nair di nobat sebagai Freshie Queen. 

Pada hujung minggu ke dua orientasi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM ) juga mengadakan sambutan. PMUM mengadakan  konsert di Dewan Tunku Canselor.  Setiap kolej membawa persembahan dari freshie untuk dipertandingkan.

Konsert Orientasi PMUM 1971 paling  hebat lagi bersejarah. Juruhebah malam itu Vicky Skelchy. Gadis bergetah bersuara lunak ini di langgan khas oleh PMUM dari barisan DJ Radio   Malaysia.

Malam itu  Kolej Ke Empat  dengan bangga  telah mendatangkan  freshie bernama Michael  Tan untuk bermain piano. Sosok ini adalah pemenang  Rancangan Bakat TV RTM 1970.

Bila saja Si Michael bermain piano  kami  di bawah pentas  bersorak dan menyanyikan   lagu Daisy Daisy – ini lagu antem Universiti Malaya. 

Kami melaung kuat sambil  menyanyi   untuk memastikan   ketukan piano dari Michael Tan tidak  dapat didengar.

DJ Vicky datang ke mike  untuk meredakan keadaan. 

‘ Please give Michael a chance...’ Vicky meminta penonton jangan membuat bising.

Ha ha ha tertiba kertas  jamban terbang ke arah Vicky.  Roket kertas juga mula berterbangan menuju Vicky.

Di bawah pentas freshie dari  Kolej Ke Dua dan Kolej Kelima  terus bergasak   menyanyikan lagu antem masing-masing. Lawan berlawan menyanyi beramai-ramai. Semua yang berlaku ini  terkeluar dari program resmi  yang telah diatur.
 
Dewan Tunku Canselor  gegak gempita. Minggu Orientasi 1971 tamat dengan konsert gagal di DTC.

Esoknya Naib Canselor Ungku Aziz membuat kenyataan. Apa yang berlaku itu menurut Ungku Aziz adalah : anti-intelektual dan anti-akademik.

Akhbar melaporkan kenyataan Ungku Aziz ini. 

Sebulan kemudian untuk merasmikan  dan menyambut  kedatangan pelajar baru  PMUM  telah mengadakan  Freshie Ball. Malam Dansa  Orientasi PMUM ini diadakan satelah   minggu orientasi  di asrama selesai.

Hakikatnya freshie telah berkenalan sesama sendiri dan juga dengan senior.  Suai kenal telah berjalan mesra. Maka malam mesra berdansa dianjurkan.

Aku membaca iklan Freshie Ball 1971. Ada juga terpasang niat nak bersama. Tapi ada  dua batu  penghalang. Pertama : Wajib membeli tiket 15. Kedua : Wajib datang berpasangan.

Harga tiket  15RM ini boleh di selesaikan. Tapi mencari pasangan untuk berdansa satu perkara yang  agak sulit untuk aku selesaikan. 

Mencari pasangan untuk ke Freshie Ball ?  Satu yang belum pernah aku lakukan. 

Berdansa malam informal agak mudah. Bukan saja percuma malah tidak perlu membawa pasangan. Informal  bukan Majlis Tari Menari.  Majlis Ball - bukan saja wajib berpasangan malah wajib mengenakan pakaian  ‘ evening dress ‘.- macam  Mat Salleh  dan Minah Salleh dari London.

Aku tidak pergi menyertai  Freshie Ball 1971.  Aku difahamkan acara  grande finale malam itu ialah menobatkan  Freshie Queen  - pelajar perempuan tercantik tahun 1971.

Sebelum tengah malam – sebelum majlis dansa tamat – aku dan Adi Satria telah singgah  ke Dewan Tungku Canselor. Kami pulang dari Medan Selera Petaling  Jaya.

Sebagai freshie aku  juga budak  kampung tak pernah melihat majlis   tari menari. Tak tahu apa itu Ball. 

Aku dan Adi memberhentikan motosikal dan menghampiri dinding  gelas dewan. Dari tempat yang tidak ditutup oleh kain langsir  aku nampak dewan yang agak gelap.

Pentas agak cerah. Aku ternampak  kugiran sedang berehat. Ketika ini  pertandingan Ratu Freshie sedang berjalan

Di luar dewan aku mendengar suar DJ.

Bayangkan malam itu  Freshie Queen 1971 University Malaya ialh Santhi Nair.   Kami kenal Santhi kerana dia sama-sama freshie dengan kami. Santhi Nair warga Kolej KeLima. Amin.

Selesai orientasi aku mula mengikuti kuliah.  

Satu pagi aku menapak dari Dataran Sastera ke Dewan Tungku Canselor. 

Aku  ternampak poster terlekat  di batang pokok  di tepi jalan. Poster bertulisan  merah : Kelab Sosialis – Ceramah Karam Singh dan Tajuddin Kahar – Bekas tahanan  ISA.  

Mata aku terbuka. Akhirnya aku sampai juga ke tujuan asal aku. Orientasi, informal, Ball dan ragging ini hanya selingan sementara. Poster yang aku baca itu  ialah tujuan asal aku untuk masuk ke  Universiti Malaya. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/12/30/minggu-orientasi-universiti-malaya



Tiada ulasan: