Jangan anggap semua projek rundingan terus tidak teratur – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengganggap semua projek melalui tender secara rundingan terus sebagai tidak teratur dan kemungkinan wujud pihak yang mencari kesempatan.
Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kebanyakan projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.
“Sebagai Menteri Kewangan, saya yakin beliau mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.
“Selain KASA, semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri ke-10 itu mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.
Beliau berkata, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, walaupun projek itu dianugerahkan secara rundingan terus ataupun tender terpilih, namun ia hanya melibatkan bencana.
“Ini termasuklah seperti banjir, empangan pecah dan tanah runtuh.
“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya. –
2 ulasan:
Tukar tiub acik kau kuning tu je🖕kau dgn kerajaan sekarang sama2 buta ..
.....
Catat Ulasan