R E F O R M A S I !!!
Tamrin Ghafar
Ahad - 25/12/2022
1. Sebagai sahabat lama , bermula dengan membantu memenangkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan menewaskan Hj. Suhaimi Kamaruddin pada tahun 1982
2. Dr. Mahathir , ketika itu Perdana Menteri memberi sokongan kuat justeru memberi perangsang kepada kami memenangkan beliau walaupun akhirnya menang dengan 10 undi
3. Saya tumpang gembira melihat beliau akhirnya berjaya juga mencapai cita - cita nya apabila disahkan oleh majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke10
4. Ayah kami , Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah di baca ) yang dipertanggung jawabkan oleh Dr. Mahathir ketika itu menentukan keahlian Anwar sebagai Ahli UMNO bagi membolehkan beliau bertanding Pilihanraya di'backdated' kan , akhirnya TERPAKSA mengalah dengan melepaskan semua jawatan bagi memberi jalan kepada Anwar dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
5. Tindakan arwah menarik diri dari semua jawatan tersebut kerana bagi mengelakan UMNO , Parti Melayu yang disertai dan dicintai nya sejak 1951 berpecah selain dari tidak berkemampuan wang ringgit
6. Sama ada secara kebetulan atau hukum ALLAH SWT , jika dibuat kajian , UMNO mula bergolak sehingga ke hari ini selepas arwah TERPAKSA letak semua jawatan , Wallahulam !!
7. Walau apapun terjadi , sebagai pengamal politik yang berpegang kepada konsep demokrasi , ikhlas dinyatakan sehingga kini saya tidak pernah menyimpan dendam samada kepada beliau mahupun kepada Tun Dr. Mahathir yang dilihat ketika itu memimpin Anwar sebagai orang no.2 nya
8. Semoga segala perjuangan dan pengorbanan arwah yang lebih dikenali sebagai Chegu Ghafar atau Che' Ghafar di Rahmati ALLAH SWT , dan pada masa sama kita doakan Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru akan melakukan yang terbaik terutama untuk bangsa yang masih mundur dan negara yang sedang di bebani hutang yang mengerunkan
9. Tulisan saya pada hari Khamis 29hb November 2022
( tamrintunghafar.
blogspot.com ) bertajuk
TAHNIAH ANWAR
SEMOGA PAHAT
TIDAK BERBUNYI
LAGI
Rupa - rupanya 'dentuman' pahat tersebut makin hari makin kuat ; boleh kedengaran dimana - mana saja
10. Kita bukan sahaja patut beri peluang malah perlu sama - sama membantu dalam usaha murni beliau membangunkan negara agar dihormati semula seperti disatu ketika di zaman Dr. Mahathir dulu apabila Malaysia digelar
THE ASIAN TIGER
11. Jika Germany dan Jepun hancur semasa Perang Dunia dulu dan Vietnam pula di musnahkan tentera Perancis dan kemudian nya tentera Amerika Syarikat boleh bangkit semula sebagai negara maju dan dihormati , maka TIDAK MUSTAHIL kita juga boleh lakukan sedemikian dengan beberapa syarat :
i. Menghapuskan segala bentuk 'ketirisan' wang negara
ii. Memerangi rasuah habis - habisan TANPA pilih bulu ; kawan atau lawan
iii. Mengenepikan segala perbalahan
iv. Bersatu dan menyokong segala usaha yang baik untuk negara dan rakyat
12. Anwar , Menteri - Menteri dan 'orang - orang sekeliling' beliau harus menerima pandangan yang mungkin tidak digemari dan kritikan dengan hati terbuka BUKAN memandang rendah , mendendami atau 'cop' mereka samada dari kawan atau lawan
13. Melalui 'PUISI' teguran Hassan Karim , Ahli Parlimen Pasir Gudang , Johor dari PKR yang juga merupakan sahabat karib Anwar harus diberi perhatian serius kerana walaupun kritikan nya terhadap Anwar itu sinis dan tajam namun ia adalah luahan yang BERASAS ; disertakan ketiga - tiga PUISI tersebut untuk ditatap bersama :
i. KU SIMPAN
RISALAH
REFORMASI
DI DALAM PETI
ii. KUASA
MENGUBAH
SEGALA -
GALA NYA
iii. SATU DEKLARASI
14. Kerajaan yang BAIK ialah Kerajaan yang selalu bersedia mendengar nasihat , pandangan , kritikan dan teguran dari rakyat BUKAN ( BUKAN ) menggunakan undang - undang bagi melenyapkan , menakut dan menekan
15. Apakah mengekalkan SOSMA atau mana - mana undang yang boleh digunakan bagi menekan rakyat yang membuat teguran sebahagian dari perjuangan
R E F O R M A S I ? yang PKR , kini PH BERJANJI akan menghapuskan segala undang - undang yang MENINDAS ?
16. Di negara - negara lain Kerajaan mereka mengambil pendekatan berbeza dengan negara kita tapi masih boleh mengawal keadaan
17. Rakyat MENYOKONG PH kerana SEGALA yang di janjikan sebelum dan semasa berkempen baru - baru ini namun setelah berkuasa Kerajaan MELAKUKAN sebalik nya ; jika Kerajaan Anwar terikut - ikut 'SINDROM PENAFIAN' yang di praktikkan UMNO , berkemungkinan ia tidak akan bertahan lama
18. Yang paling penting bagi Zahid ialah beliau TIDAK DI PENJARAKAN seperti Najib atas 47 tuduhan yang sedang dibicarakan
19. Anwar mempunyai seekor penyengat atau tebuan didalam bilik tidurnya yang boleh menyerang beliau pada bila - bila masa sahaja
20. Lupakah kita bagaimana Zahid membelasah Ahmad Bazli di satu ketika dahulu ( sila lihat lampiran ) begitu juga perlantikan semula Ahmad Jazlan Yaakub , pengampu utama beliau di Kelantan sebagai Pengurusi Felcra sedangkan Kabinet yang beliau turut hadir MEMBATALKAN semua perlantikan politik GLC dan anak - anak syarikat nya
21. Kita puji tindakan Anwar membatalkan perlantikan itu yang di umumkan Zahid
22. Selain dari perlantikan Zahid yang perlu dilakukan bagi mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO/BN walaupun Anwar dan Timbalan nya , Rafizi , menegaskan NO UMNO dan NO Zahid dan Perhimpunan UMNO ( PAU ) pula menolak PKR Anwar dan DAP rakyat perlu diberi pejelasan berhubung perlantikan Zafrul sedangkan Anwar BERJANJI tidak akan melantiknya sebagai Menteri
23. Berbagai spekulasi kedengaran , mereka MAHu penjelasan sebenar mengapa Zafrul diberi jawatan Menteri sedangkan Dr. Zulkify Ahmad mantan Menteri Kesihatan ditinggalkan begitu saja
24. YANG MENANG
DITINGGALKAN
YANG KALAH
DIBERI JAWATAN
25. Jika Zafrul SANGAT diperlukan kerana ' 'kehebatan' beliau mentadbir urus Kewangan Negara , mengapa pindahkan beliau ke Kementerian lain - sebenarnya beliau sebagai Menteri Kewangan GAGAL
26. BAGI MEMAJUKAN NEGARA DAN RAKYAT , ANWAR HARUS PUNYAI PASUKAN KABINET YANG LEBIH HEBAT , YANG BOLEH BERFIKIR , BUKAN 'YES MAN' DAN BUKAN
DI BELENGGU DENGAN KEHADIRAN ZAHID DAN ZAFRUL YANG DI BENCI UMUM
27. Rakyat akan lebih jelas jika sekiranya PKR atau PH BOLEH menyenaraikan
R E F O R M A S I yang diperjuangkan
Wassalam
Terima Kasih
1 ulasan:
berckp mengenai reformasi, gua teringat pemerintahan PAS ketika 33bulan yg lalu.PAS tidak mengubah perlembagaan british kpd perlembagaan islam, hudud tidak dijadikan undang2 islam, majlis raja2 tidak dimansuhkan kerana dlm pemerintahan islam berkhalifah tiada bersultan beraja,tidak menukarkan parlimen malaysia menjadi majlis syura,minyak kelantan tidak dipindah milik kpd kerajaan negeri( anwar bole memindahkan hak pemilikan minyak kpd sabah), tidak menutup gereja2,tokong2 cina dan hindu seperti arab saudi.diarab saudi tiada kuil,gereja atau rumah ibadat agama lain dari islam.pas tidak menhapuskan sistem riba bank negara.pas tidak menukar "malaysia adalah sebuah negara sekular dan agama islam adalah agama utama negara".akhirnya bila pas pn enggan kpd kerajaan perpaduan, akhirnya haji hadi masih megangkat sumpah ahli parlimen dgn menjunjung perlembagaan malaysia yakni perlembagaan british.
Catat Ulasan