Jumaat, 2 Disember 2022

ZAHID AKAN DI LAWAN



Mampukah Zahid kekal sebagai presiden Umno?

Masa depan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno kini menjadi tumpuan ramai terutama apabila beliau membawa parti Melayu terbesar itu untuk bekerjasama dengan dengan Pakatan Harapan (PH), bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Meskipun kerjasama antara Barisan Nasional (BN) yang diterajui Zahid dan PH sebelum ini "disyaki" akan berlaku pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), masih ramai menganggap perkembangan ini sebagai satu kejutan terutamanya apabila Perhimpunan Agung Umno memutuskan "No Anwar, No DAP" sebagai pendirian parti itu.

Walaupun tidak mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Anwar sebagai perdana menteri, perhatian kini tertumpu kepada Zahid kerana dianggap sebagai "perancang utama" kerjasama Umno bersama PH di mana DAP parti yang paling banyak kerusi.

Terdahulu, usaha menjalinkan kerjasama antara BN dan PH bukan saja mendapat tentangan  beberapa pimpinan Umno seperti Hishammuddin Hussein dan Annuar Musa, malah ia juga dibantah parti komponen lain seperti MCA dan MIC.

Mereka beranggapan BN sewajarnya berperanan sebagai pembangkang memandangkan tidak mendapat mandat rakyat untuk menjadi kerajaan pada PRU15.

Beberapa penganalisis politik berpandangan kedudukan Zahid sebagai presiden Umno tidak begitu tergugat walaupun beberapa pemimpin parti itu pernah mengeluarkan kenyataan terbuka membantah keputusan beliau.

Bagaimanapun, mereka berkata, kedudukan Zahid hanya akan tergugat sekiranya kes mahkamah yang sedang dihadapi tidak memihak kepadanya.

Zahid pada September lalu diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir, berkata ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan akar umbi Umno terutama apabila 130 ketua bahagian baru-baru ini tampil menyuarakan sokongan terhadapnya.

Malah, titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan juga dilihat sebagai alasan kukuh untuk merealisasikan kerjasama antara BN-PH.

ADA HISHAM H20

ADA KHAIRY

SEMUA NAK 

LAWAN ZAHID

KAH KAH KAH

KALAU ZAHID TPM

ZAHID MENANG

KALAU ZAHID

TAK JADI APA

ZAHID KALAH

AMIN

GEROMBOLAN

MACAM SEMUT

MANA ADA GULA

MEREKA AKAN 

BERKUMPUL

KHALAS

Tiada ulasan: