Rabu, 28 Disember 2022

ZAHID WAJIB MENANG



Zahid serah kepada perwakilan Umno tentukan pemilihan parti


PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan parti untuk menentukan sama ada perlu atau tidak jawatan tertinggi parti dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan.

Ahmad Zahid mengaku beliau seorang demokrat, membayangkan kesediaannya untuk dicabar sebagai presiden Umno pada pemilihan parti yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan.

“Saya seorang yang demokrat. Saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya ketika diwawancara di program bual bicara di NR Channel TV di Facebook, malam tadi.

Ahmad Zahid juga mengingatkan proses membuat keputusan dalam parti yang melibatkan biro politik kemudian disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi, diikuti Perhimpunan Agung Umno.


Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi 2021 antara 11 hingga 14 Januari ini.

Awal minggu ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pucuk pimpinan parti belum lagi memutuskan kedudukan jawatan presiden dan timbalan presiden sama ada dipertandingkan atau tidak.

Katanya, perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat pada 12 Januari ini.

Sejak awal bulan ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin bahagian Umno secara terbuka mencadangkan supaya dua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan demi menjaga kestabilan parti.

Pemilihan awal

Dalam pada itu, Ahmad Zahid membayangkan pemilihan Umno akan diadakan lebih awal sebelum hujung tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, mengikut peruntukan baharu perlembagaan parti yang dipinda awal tahun ini.

Beliau mengingatkan Umno hanya memerlukan sehari untuk mengadakan persidangan peringkat bahagian secara serentak bagi ahli parti mengundi memnilih barisan kepimpinan parti.

“Seluruh 191 bahagian akan mengadakan persidangan serentak pada hari yang sama di seluruh negara dan mengadakan pemilihan kepimpinan bahagian dan pusat.

“Ertinya, tidak perlu tunggu cukup tempoh enam bulan untuk mengadakan pemilihan parti. Ia mungkin diadakan awal,” katanya.

Ahmad Zahid juga membayangkan pemilihan boleh jadi berlangsung sebelum hujung Mac.

“Kita kena ingat 22, 23 haribulan Mac sudah masuk Ramadan, selepas itu Syawal dan selepas itu bulan haji.

Jadi jangan fikir banyak-banyak, pusing-pusing kepala. Saya serahkan kepada perwakilan untuk tentukan bentuk sistem demokrasi yang kita mahukan (dalam Umno),” katanya.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan parti selepas Jun 2021 tetapi ditangguhkan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam tempoh menunggu itu, Umno kemudiannya meminda perlembagaan parti untuk menetapkan pemilihan diadakan tidak lebih enam bulan selepas pilihan raya umum. – 28 Disember, 2022.

WOIT

ZAHID WAJIB

MENANG

AMIN

KALAU ZAHID

KALAH PAK LEBAI

AKAN DATANG

KAH KAH KAH

DGN APA CARA

ZAHID WAJIB

TERUS JADI

PRESIDEN KALAU

GAGAL  PMX

PASTI RUNTUH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oittt umno tu wujud lagi ka....terengganu..kelantan..perlis..kedah..umno dah pupus mcm dinasor..penyamun menang...umno akan pupus di seluruh tanah melayu..penyamun kalah...melayu dan islam bersatu dibawah satu bendera..maka hilanglah peliwat..penyamun..segala barua-barua dap lenyap..kah kah kah..hoi hoi hoi ya hoi...