Ahad, 15 Januari 2023

BUKAN SALAH ZAHID



Kenapa salahkan saya seorang kalau Umno teruk PRU15, tanya Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau seorang diri tidak boleh dipersalahkan atas prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu, lapor media.

Kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN), yang juga beliau pengerusikan, sepatutnya adalah tanggungjawab semua pemimpin parti di semua peringkat, termasuk bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi calon perdana menteri parti.

“Selepas PRU15 tidak ada siapa yang mahu bertanggungjawab. Saya ditekan supaya letak jawatan, tetapi kenapa saya seorang?

“Macam mana dengan ‘poster boy’ kita (Ismail Sabri), pengerusi-pengerusi perhubungan negeri, sesetengah ketua bahagian dan ketua sayap?

“Ini tanggungjawab semua. Jadi, hentikan mencari salah. Muhasabah dan buat post-mortem kenapa prestasi kita teruk,” katanya dalam wawancara dengan The Star yang disiarkan hari ini.

Jelas Zahid, Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menarik undi daripada kelompok pengundi muda kerana adanya sabotaj dalaman.

“Dalam PRU15 kita hampir gagal dapat undi anak muda. Kita letak hampir 80 peratus calon baru dan muda tetapi kita gagal kerana beberapa faktor antaranya sabotaj dalaman,” tambahnya.

Umno menyertai PRU15 yang diadakan pada November 2022 ketika pucuk pimpinan parti itu dilihat tidak sehaluan sejak berbulan-bulan sebelumnya, terutamanya antara kelompok yang mendukung Zahid dan Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Zahid mengakui Umno dan BN berhadapan masalah kewangan ketika mengharungi pilihan raya umum lepas.

Beliau mendakwa kelemahan Umno dan BN itu digunakan oleh lawan yang menggunakan wang untuk memancing undi. 

Pada PRU15, BN menang hanya 30 daripada 178 kerusi yang ditandinginya, dengan 26 daripadanya dimenangi oleh Umno.

Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu dan PAS sebaliknya menyapu hampir bersih kerusi Parlimen luar bandar dan pinggir bandar kebanyakannya di Perlis sampai ke utara Perak, serta Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang.

Beberapa menteri Umno dalam pentadbiran lepas juga kalah, antaranya naib presiden Mahdzir Khalid (Padang Terap), Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh), dan Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas).

BN juga tidak mempunyai wakil di Dewan Rakyat dari tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Melaka. – 15 Januari 2023. 


BETUL 

JANGAN SALAHKAN

ZAHID SOARNG

AMIN

ZAHID ADA 47

KES MAHKAMAH

KESIAN PADA DIA

AMIN

SALAHKAN

POSTER BOY

MAT BERA

KERANA  RAMAI 

KANG KONG 

BERI NASEHAT

KAH KAH KAH

SALAHKAN

PENGUNDI RAMAI

TAK TURUN

KERANA HUJAN

AMIN

SALAHKAN

TIK TOK

KERANA

TAK TERIMA

AKAUN NAJIB

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tarak duit kalau tarak Dana kalau tarak Wang masuk, mana boleh menang kawasan Melayu, Masih tak faham? Tak kira ayat apa, cara sama, ada duit ada undi, kalau lihat sejarah, kita tahu united asal usul sokong kerana ada duit, ada projek, ada komisen, ada jawatan, ada pingat pangkat baru sokong, kalau tarak apa apa semua sokong lain, kah kah kah semua kawal pakai remote control iaitu Wang Wang Wang khalas, kah kah kah tapi tak salah Zahid, siapa berjaya politik sekarang, siapa curi banyak siapa rompak terbanyak akan dapat sokongan Amin kah kah kab kalau tak faham gantung diri Amin kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ye betul zahid betul .. umno yang salah sebab masih sokong penyamun