Sabtu, 28 Januari 2023

UMNO TAMBAH KOTOR KATA ANNUAR MUSA


Umno akan lebih 'kotor', kata Annuar Musa

TINDAKAN Umno memecat dan menggantung beberapa pemimpin dan ahlinya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengheret parti jadi semakin “kotor”, kata bekas setiausaha agungnya Annuar Musa.

Majlis Kerja Tertinggi Umno memecat 44 ahlinya termasuk bekas ketua sayap Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas pengerusi Umno Selangor, Noh Omar.

Tindakan yang disifatkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai “pembersihan besar-besaran” itu turut menggantung selama enam tahun empat pemimpin termasuk bekas naib presiden Hishammuddin Hussein yang juga ketua Umno Sembrong dan bekas ketua penerangan Shahril Sufian Hamdan.

“Pembersihan’ yang mereka lakukan akan hanya menghasilkan lebih banyak kotoran kerana punca sebenar kotoran kekal berpaut dalam parti,” kata Annuar dalam satu tulisan di Facebook.

Annuar sebelum ini antara beberapa pemimpin Umno yang dipecat awal Disember lalu atas dakwaan menentang parti semasa pilihan raya umum lepas.

Bekas ketua Umno Ketereh itu menyifatkan semua ahli dan pemimpin Umno yang dikenakan tindakan ini adalah kerana “cuba berkata benar” namun sebaliknya digelar pengkhianat.

“Mereka (Umno) mahu semua orang berwirid dengan naratif palsu mereka. 

“Jadi biarkanlah mereka dalam dunia mereka itu. Rakyat sudah pun meninggalkan mereka, malah tiba masanya ahli akan turut meninggalkannya beramai-ramai,” tambahnya.

Kepada mereka yang dipecat dari Umno, Annuar menyeru mereka supaya tenang dan bersabar serta mempertahankan prinsip.

“Berilah Umno kepada mereka untuk mereka jadikan perisai peribadi dan perniagakan sebagai syarikat sendirian berhad mereka.

“Perjuangan tetap kita teruskan, cara kita. InsyaAllah,” katanya.

Annuar mengingatkan rakyat sudah pun memberi isyarat kepada Umno namun parti itu masih dalam penafian.

“Mereka lebih gemar menyalahkan rakyat dan pengundi dan semua orang lain, kecuali diri mereka sendiri,” tambahnya.

Selain Hishammuddin, dua lagi yang digantung ialah Maulizan Bujang (ketua Umno Tebrau) dan Salim Sharif (ketua Umno Jempol).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT Umno malam tadi turut mengumumkan pemecatan lima orang ahli Umno Pasir Gudang, sembilan ahli bahagian Putrajaya, dua ahli bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli dari Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Kenyataan beliau bagaimanapun tidak menamakan mereka. – 28 Januari 2023. 

KAH  KAH KAH

WOIT

KOTOR MACAM

MANA

KAH KAH KAH

APA YG ZAHID

BUAT IALAH

PEMBERSIHAN

KAH KAH KAH

APA YG NAJIB

BUAT IALAH

PEMBERSIHAN

 JUGA

AMIN

NAJIB BERSIHKAN

DANA NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: